Sama-sama mencari manfaat untuk meneruskan kehidupan. Disebalik menerima sahaja, lebih baik juga banyak memberi. Sekurangnya ia menjadi saham pahala di akhirat nanti.
Tuesday, October 12, 2010
Anakku dan Susu Ibu
Assalamualaikum..
Fuh.. Dah berbulan lamanya tak menjenguk blog saya ni. Dah lah bersawang, berhabuk jangan cerita la.. BAru masuk kerja setelah 2 bulan berehat dengan permata hati yang baru, ini baru berkesempatan nak menyusun kata agar menjadi ayat untuk dikongsi dengan para pembaca.
Saya pernah meceritakan perihal penyusuan susu ibu. Alhamdulillah setakat ini saya berjaya menyusukan anak saya secara eksklusif selama 2 bulan lebih. Penyesalan yang bersarang dalam hati lantaran tidak dapat menyusukan puteri sulungku selama yang boleh menjadi suntikan semangat agar tidak kecundang buat kali kedua. Dan kini setelah hampir 2 minggu aku menyambung tugas, puteri kedua ku ini masih lagi dapat menikmati susu saya walaupun tanpa mama di sisi. (Ku panjatkan rasa syukurku yang tidak terhingga pada Mu Ya Allah atas nikmat dan rahmat yang telah kau berikan, Alhamdulillah..)
Bercerita tentang pngalaman saya kali ini yang berusaha menyusukan anakku secara eksklusif dan berterusan sehingga 2 tahun (InsyaAllah) memang banyk cabarannya. Itu memang saya akui setelah saya mengalaminya sendiri. Kalau kita hanya bercakap tentang keperluan menyusu bayi melalui susu ibu memanga bunyinya amat mudah, terutama sekali bagi mereka yang tidak berpengalaman. Tetapi apabila kita berada di situasi tersebut dengan pengetahuan yang diperolehi sebelum melahirkan bayi, pasti kita akan bersemangat ingin melaksanakannya. Itulah yang terjadi kepada saya. Saya ingin merasai pengalaman itu dan saya dapat.
Cuma disebalik usaha murni kita itu pastinya ada cabaran dan dugaan yang besar (bukan maha besar) yang perlu kita atasi dan hadapi dengan hati yang kuat, semangat juang yang tinggi, motivasi yang tinggi dan yang penting misi kita itu tercapai. Bukankah pengalaman menyusukan anak itu tidak berlaku disepanjang hayat kita. Apabila anak kita sudah dewasa dan berumahtangga, kita peroleh cucu, bolehkah kita ingin menyusui cucu kita?? Pasti tidak bukan. Pasti anak yang kita susui dan dodoi dahulu ingin melakukannya juga. Jadi mengapa kita tidak menikmati suasana menyusukan anak ini ketika kita mempunyai anak yang boleh disusui? Mengapa ada sahaja yang menjadi penghalang dan kita kalah?
Kaum wanita memang dilahirkan dengan kekuatan emosi dan fizikal yang amat mantap (saya tak nak bandingkan dengan lelaki nanti ada yang 'bekeng' =)). Kita boleh melahirkan dan kita boleh membesarkan anak-anak dengan susu yang terhasil dari badan kita. Faktor-faktor yang melemahkan semangat kita untuk menysukan anak dengan jayanya seperti suami (terutama sekali) amatlah mengecewakan.
Seharusnya suami adalah pendorong terbaik untuk melihat anak membesar dengan susu ibu bukannya susu lembu. Jika si isteri mengalami kesukaran untuk menyusukan anak, suamilah yang harus memberi semangat dan menyokong isteri agar tidak kecundang. Ini kerana suami adalah individu yang paling rapat dengan isteri berbanding orang lain. Suami juga haruslah bersimpati atas kesukaran yang isteri hadapi seperti kepenatan yang mengakibatkan tidak dapat menyelenggara rumah dengan baik. Isteri yang menyusukan anak jika tiada sokongan suami pastinya boleh menjejaskan emosinya. Tekanan yang dialami boleh menggugat kuantiti penghasilan susu ibu yang akhirnya akan mendorong si ibu untuk memberi susu formula kepada bayi. Maka membesarlah anak itu nanti dengan susu formula tersebut.
Bukankah merugikan jika itu yang terjadi? Susu ibu yang kaya dengan khasiat semulajadi, kaya dengan antibodi untuk si bayi yang tidak terdapat dalam susu formula apatah lagi ianya PERCUMA, tetapi kita mensia-siakannya. Kita sanggup berhabis duit yang banyak setiap bulan untuk membeli susu formula kepada bayi kita. Itu tidak termasuk pemilihan susu terbaik yang harganya ada yang mencecah ratus ringgit. Namun jangan kita lupa isu susu tercemar dan ketidakpastian sumber susu formula tersebut dihasilkan.
Agama Islam juga menyatakan bahawa penyusuan bayi adalah dengan susu ibu kerana ianya yang terbaik. Bukan sahaja baik kepada bayi itu sendiri, malah kepada ibu, bapa malah keluarga. Jika gaji bulanan ibu bapa tidak perlu diagihkan untuk keperluan membeli susu bayi, maka perbelanjaan tersebut boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti pembelian insuran, pendidikan, pakaian, perubatan dan sebagainya. pokok pangakal selain si ibu yang menyusukan bersemangat juang yang tinggi untuk menyusukan sanak sehingga 2 tahun, si ayah juga berperanan pntng dalam memastikan hasrat murni si ibu itu tercpai. Lakukanlah kerana Lillahita'ala. Suami sebagai pemimpin keluarga haruslah bijak menentukan yang terbaik untuk anak-anak dan isteri, maka akan terhasillah 'Keluargaku Harta Dunia Akhiratku'.
Subscribe to:
Posts (Atom)