Wednesday, November 10, 2010

Kenangan Berpantang


Sibuk dengan peperiksaan dan menanda kerta. Dah selesai baru mampu nak jengah blog ni. Sambil tu teringat nak menyimpan memori berpantang anak kedua kali ini.




Fakta memori indah ini:


Tahun ini, Ogos 2010 saya berpantang dibulan Ramadhan.


Tempat : Rumah mak di Perak.


Kaedah kelahiran : Masih cesarean. Belum merasa lagi bersalin secara biasa. Doc kata baby besar, almost 4.3.kg. Bila keluar 3.7kg. Sama seperi kak long punya weight.. Tak apalah. Janji kami selamat. Alhamdulillahh..


Berpantang berdua dengan adik kedua, angah. Dia pun LSCS. Sebab baby dah berak.




Meriahnya berpantang kali ni rasa-rasa macam nak berpantang lagi. Yang frustnya bercuti hanya 60 hari (Sebab keje gomen). Kalau 2011 dah kompom dapat 90 hari. Barulah rasa selesa nak menyusukan anak and prepare EBM untuk anak. By the time nak hantar anak ke babysit, baby pun dah 3 bulan. Dah agak strong enough untuk duk jauh kejap dari mama.




Menyingkap pengalam kelahiran kali ni memang kelang kabut dan agak express. Minggu ke 37 kehamilan saya diarah berjumpa dengan doc pakar O&G di GH Seremban. Jumpa aja terus doc scan & doc tu macam risau. Di panggil Pengarah O&G and bila pengarah tu sampai, soalan dia:


Doc : U rasa baby u besar?


Saya : (Dalam hati dah agak dah mesti kes big baby nih..) Ntah.. mungkin yea mungkin tak.


Doc : Baby u besar lah... (sambil pegang2 perut i.. alahai.. segannye...)


Saya : (Terkebil kebil pandang doc tu nak tunggu respon dia..)


Doc : Operation...


Saya : (Again...?? masih tak bersuara..)


Doc : Ok? Ni solution yang ada. Tak boleh tunggu lagi. Takut baby u makin besar. This is about +- 3.5kg.


Saya : Kalau dah macam tu saya nak transfer ke hospital Ipoh lah doc. 1st baby pun operation di sana. Boleh?


Doc : Boleh.. Nanti kita buat surat.




Dalam hati rasa kecewa dan sedih pun ada. Kenapalah mudah sangat doktor buat keputusan operate sahaja. mudah bunyinyakan....

*********
Penerimaan Kak long bila pertama kali nampak adik adalah negatif. Dia nangis. Dia tolak-tolak adik dia. Dia tak bagi mama dia pegang. Bila balik ke rumah, dia nak baring dekat mama. Opah kena pegang adik. So, mama rasa tak pe. Bagi peluang dia nak lepaskan rindu pada mama yang 4 hari tinggalkan dia (balik aje bawak orang lain pulak yea... :-D).


Berpantang dengan orang lain terutamanya adik sendiri memang satu suasana yang sangat mahal dan tak mungkin dapat dilupakan. Sorang baby nangis, yang sorang lagi akan ikut. Ibu bangun susukan anak nya, mama pun bangun susukan adik. Adikku mendapat anak lelaki. Ini adalah anak pertamanya. Jadi masih kekok nak mengendalikan anak kecilnya itu. tambahan pula anaknya itu kerap menangis yang berpanjangan, ditambah dengan kesukarannya nak menyusukan anaknya kerana anaknya agak sukar nak melekap dengan baik pada putingnya... Tapi.. alah bisa tegal biasa. Lama kelaman anak itu sudah bijak menyesuaikan mulutnya dengan puting siibu.


Setiap pengalaman melahirkan itu berbeza walaupun kaedahnya masih sama, LSCS atau normal. Malah pengalaman berpantang juga pastinya berbeza. Berpantang anak pertama, lain situasinya, berpantang anak kedua, juga lain situasinya kerana sudah ada anak yang pertama. Walaubagaimanapun penyusuan susu ibu harus diutamakan kerana itulah yang terbaik. Bukannya susu awal lembu walaupun seribu kebaikan dan khasiat diberitahu. Kerana susu ibu untuk anak ibu.. Kuatkan semangat beri yang terbaik untuk anak-anak kita. Mereka harta bernyawa yang akan mendoakan kita apabila kita tiada kelak.