Tuesday, April 12, 2011

Isnin yang macam-macam

Assalamualaikum, Isnin yang macam-macam. Itulah untuk tajuk entri saya hari ini (w/pun hari ni Rabu dah kan...) Isnin kelmarin saya dan Mr Roomate pergi ke TNB Port Dickson untuk bayar bil lah kan. Takkan beli sayur pulak.. haha.. Biasanya TNB ni lengang bila dekat-dekat tengah bulan ni. Tapi, bila kami sampai je TNB (belum parking lagi) tengok kereta banyak. Parking sampai kat luar. Hai.. ada apa-apa ke kat TNB ni? Kami tertanya-tanya. .... Masuk kawasan parking, memang tak jumpa petak parking kosong. Malah yang parking di bahu jalan, pun banyak. Double parking pun ada. Biar betul. Ada apa ni? Sudahnya Mr Roomate parking tepi dan saya tunggu dalam kereta, in case ada yang kosongkan parking. Tak sampai 2 minit, Mr Roomate kabo orang ramai GILA kat dalam tu. Dalam hati, ramai orang gila kat TNB???Biar betui!! Bukan ke orang gila ramai kat Hospital Bahagia?? Hehehe.. saja buat lawak sorang-sorang. Nanti kalau hanto kat dia begitu, takut kene sound plak. Tak pe. Simpan untuk diri sendiri and share dalam my beloved blog. So, pernyataan yang diberikan oleh Mr Roomate tu menunjukkan yang harapan untuk dapat parking adalah lambat dan maka lamalah juga saya akan menunggugu beliau di dalam kereta. Oh no..... Abih le minyak teman nanti. So saya ronda-ronda lah sekali lagi dengan harapan jumpa parking. Sekali pusing je terus dapat parking. Alhamdulillah.. So, saya masuklah ke dalam TNB dan.. memang ramai orang. tapi bukan customer sahaja, malah kakitangan TNB pelbagai jaawatan pun ramai. Cafe yang kami biasa makan lepas bayar bil, yang selalunya kosong, PENUH! Patut la... Jumpa Mr Roomate, sedang beratur. Dia buat muka 10sen + boring. Panjang barisannya adalah dalam 7 orang. Tapi saya lihat, tempoh urusan seorang pelanggan mengambil masa hampir 15 min. Biar betul.. Apasal lambat sangat. Then, entah ape lah masalahnya, staf perempuan tu (kaunter bayaran) panggil pegawai lain ( dari kaunter pertanyaan) untuk bantu. Sampai 2 or 3 orang staf kerumun dekat dia. Orang dah makin beratur ramai ni. Kesian pakcik / uncle yang tua-tua tu beratur lelama.. Bila dah ok pun still lambat lagi service staf perempuan tersebut. Baru kerjakah? Hampir 1 jam, barulah Mr Roomate selesai. Tanya pada dia kenapa lama sangat, dia kata staf perempuan tu tak reti buat kerja dan tak faham sistem bayaran yang digunakan. Maksimum bayaran menggunakan kad kredit adalah RM 3000. Ada customer cina yang bayar bil mencecah RM 5000 dan bayar menggunakan kad kredit. Dia dengan seronoknya swipe kad tersebut dan letak amount Rm5k. Mana bisa dong.... Sistem pun jadi 'hang'. Then, kira duit even Rm 40 pun buat samapai 4 or 5 kali, an cara kira sau.. satu... satu.. Punya lah terhegeh-hegeh. laju lagi Mat Bangla yang kerja kat pam minyak. Tu yang buat lambat. Pelanggan pun dah resah dan penat menunggu.

Kita sebagai pelanggan kadang-kala tak kisah tunggu lama seandainya kata-kata MAAF diucapkan oleh staf yang terlibat. Tapi tiada, malah dia berkasar pula dengan kita. Dahlah senyum pun susah. Nak je cakap, kalau tak boleh senyum cari kerja R&D. Baru sesuaiii... Kerja memang penat. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja (duk rumah pun penat juga). Punch out jam 5 di ofis, samalah seperti punch ini pula di rumah. Mungkin dia penat lalu tak dapat beri ervis terbaik kepada pelanggan. Tak boleh la begitu.... Kerja mesti profesional terutama sekali kita membawa imej organisasi. Baik servis yang diberi, baik juga imej organisasi yang di bawa. Anyway, keadaan itu buat saya terfikir, bukan mudah nak jadi insan yang sempurna serba-serbi. Sokongan dan galakan persekitaran boleh membantu kita menjadi yang terbaik. Kalau persekitaran kita tak baik macam mana ekkkk..?????? Bolehkah kita salahkan persekitaran 100%..????

Thursday, April 7, 2011

A K U & PERASMIAN

Assalamualaikum... apa habaq semua... masih dengan mode bersawang I ni.. hehe.. bilo la nak insafnye kan.. Sesungguhnya penyakit 'M' tu teramat la menebal dalam kamus idup teman ni. M untuk berblog saja yea... Nak buat macam mana.. Pagi-pagi dah terkocoh-kocoh siap nak ke tempat kerja, siapkan keperluan anak anak sebab nak dihantar ke rumah tok mereka, siapkan Mr. Roomate lagi.. ops.. iron pakaian aje... sarapan biasanya di ofis, coz he prefers to breakfast with his friends. Same goes to me. So, setelah tak lekang-lekang mata ni dari membelek blog-blog orang lain, saya rasa terpanggil atau lebih tepat lagi termotivasi untuk berkongsi jualah di diari maya ini akan apa saja yang ku rasa ingin ku luah kan.. ecewahh... berapa hari lah gamaknye kan... Jadi apa ke halnya dengan title PERASMIAN di atas nun?? Haaa... ekceli.. di malam hari yang dah semakin nak masuk ke hari esok ni saya nak buat pengumuman la, yang blog saya ini akan menjadi sebuah blog yang bersesuaian dengan address blog ini (sembangajelah). So, kita akan berkongsi apa saja cerita-ceriti yang bersesuaian yang bukan sahaja menjadi diari maya saya, malah menjadi tatapan anak-anak saya apabila mereka boleh mambaca kelak.. tinggikah angan-angan ku ini??? oh tidak. Dengan lafaz Bismillah, maka saya secara rasmi atau tidak rasmi akan menjadikan blog sawangku ini sebagai blogggg... ROJAK...... we can talk about foods, kids, parenting, works, study atau apa sahaja yang bersesuaian untuk dikongsi bersama. Kalau rerasa entry ini ntah hape-hape, i don't mind.. untuk menjadi positif, anggap je lah ini sekadar warming up... jgn marah-marah... nanto kene.... juuuuaaaaallllll...... ilal liqa....(ketemu lagi....)