Tuesday, May 17, 2011

@ Bandar Seri Petaling

Assalamualaikum...

La ni saya @ bandar sri petaling. Apa dibuat di sini??? Ha... Acik kursus sebonar eh... 5 hari je.. tak lama.. kursus wajib yg perlu dihadiri kalau nak naik pangkat nanti.. Wah...!! ada cita2 rupanya nak naik pangkat yea... kalau didizinkan sahaja. Kalau tak dapat, tak apa pun... lagi satu penjawat awam ni mesti berkursus sekurang-kurangnya 10 hari setahun. So... kira saya nak memenuhkan kursus lah ni...

Ok.. tajuk tu sebenarnya nak cerita serba sikit tentang kursus ni. Tapi maybe untuk next entry.. See you...

Ma'assalamah....

Thursday, May 5, 2011

Satay Hut

Assalamualaikum,

Cuti 3 hari (30/4 - 2/5) kami pulang ke kampung. Itu memang rutin bulanan. Perjalanan balik ke utara memang selalunya 'jem'. Memang jalan sesak dengan kenderaan yang pelbagai. Dari PD ke Perak kami menggunakan highway, ingatkan selepas Damansara, 'jem' semakin berkurangan. Tapi walaupun dengan 3 'lane' jalan tetap 'jem' sehinggalah ke Sungkai. So, we all decide nak exit Sungkai. Masuk je ke lorong tol tersebut, mak aih.. lagi teruk 'jem'. Mengalahkan 'Suster Ngesot'. Hampir 40 min, baru kami dapat bayar tol. Kami dapati, yang buat kesesakan makin teruk ni sebab sikap pemandu yang tak reti nak bersabar. Main redah aje lorong-lorong yang dia agak muat untuk kereta dia lalu. Yang memang tengah Q ni bengang lah. Kita pun nak cepat, diorang pulak tak reti nak Q macam orang lain. Memang memalukan sikap masyarakat Malaysia ni. Tak ada kesedaran sivik, no dicipline and selfish!


Sebenarnya bukan nak cerita pasal 'jem'. Rasanya alkisah 'jem' ni memang dah maklum di negara tercinta kita ini..


Kami balik ke PD pula hari Isnin, memang hari kemuncak bercuti. Dari sakit hati guna highway (yang sepatutnya laluan pantas untuk ke selatan atau utara) kami guna jalan lama. Dah alang-alang guna jalan lama, Mr roomate pun suggest nak singgah Satay Hut. Dah lama dia dok sebut-sebut. So, saya rasa ok la even dia dah mention yang perjalanan kami akan jadi panjang kalau singgah Tg. Karang. Oh ya! Satay Hut tu terletak di Tg. Karang. Tempat parking memang limited. Kami redah je ke tempat yang agak2 boleh parking and tak mengganggu kenderaan lain.

Tempatnya cantik. Ada kemudahan-kemudahan seperti surau, tandas dan sinki yang cantik la pada saya. Selesa kalau orang jauh macam kami ni nak break + makan + minum + solat. Istimewanya satay hut ni adalah sataynya yang besar, tapi semua satay ayam saje. Perut ke, arnak ke, kuda ke tak do yo... harga dia kalau nak dibandingkan dengan saiz pun ok, RM 1.10 secucuk. Kami order 25 cucuk. saya surrender selepas 4 cucuk sate, kak long 1 cucuk je, dan ayag tetap dengan kejuaraannya iaitu.... 12 cucuk.. Juara ke tu??? Rasanya boleh lebih lagi tu... Yang baki kami tapau bawak balik umah dan masih lagi dihabiskan oleh juara kita Mr Roomate. Dan kak long tetap standard 1 cucuk je. Ok la tu kan.. Mak dia pun 4 je... Sebenarnya nak lagi tapi Mr Roomate dah lupakan partner dia ni.... uwaaaa... sib baik lain kali janji nak datang lagi nak bawak mak abah pulak. So gambor lain kali yea...


Satay Hut..kau tunggu serangan kali ke2 ku.....