Thursday, June 30, 2011

Sabarlah dalam mendidik anak

Memang susah nak mengelak dari bercerita tentang anak-anak. Anak yang sulung kerenahnya begini. Anak yang kedua kerenahnya begitu. Anak yang ketiga... eh eh.. yang itu belum lagi. :-P Kadang kala kita terdengar rungutan mak-mak ni kan, dia kata:
'letih la... budak2 ni tak reti duduk diam... buat sepah sana sini' 'bagus juga sesekali budak2 ni tak ada.. boleh rileks sikit' 'anak aku malam tadi tak nak tido. aku ni dah lah letih. esok nak kerja. dia nak berjaga. aku geram aku lepuk je. geram lah!!'

Itu antaranya lah dialog2 mak2 ni. Bapak2 tak pastilah pula begitu ke tidak. Tapi pernah tak kita terfikir betapa beruntungnya kita punya anak? Walaupun anak kita itu nakal (bukan jahat!)? Betapa bertuahnya kita dapat merasai pengalaman mengandung, merasa anak kecil itu bergerak2 didalam perut, merasai pengalaman melahirkan, tak kisahlah secara normal atau pembedahan. Betapa bersyukurnya kita apabila lahirnya anak itu, kita dapat memenag bayi itu, menciumnya dengan penuh kelembutan, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi sehingga boleh menitiskan air mata. Aduhhh.. indahnya saat itu.. ingin ku ulang saat itu.. (itu yang jadi no 2, 3 dan seterusnya... :-D)



Kak Long yang turut bz bila mama nak solat..


I'm trying to be the best to make both of u happy..

Jadi kenapa kita marah2 anak kita, kata dia degil, nakal, jahat... sedangkan dia anak kita. Anak kecil kita yang memerlukan bimbingan dan panduan untuk menjadi orang yang berguna, dihormati dan berjaya. Kita tahu, setiap kata-kata ibu itu adalah doa. Jika ucapan yang baik itu diterima Allah, pastinya ia menjadi kebaikan kepada anak2 kita. Tetapi bayangkan kita bercakap yang tidak buruk pada anak kita.. contohnya..... (tak nak lah cakap).. dan ketika itu Allah menerima kata2 kita itu maka jadilah si pulan itu seperti yang diperkatakan oleh si ibu.. Na'uzubillah..


Love u both sooo.... much....

Jadi apa yang saya nak bebelkan di sini adalah, anak adalah anugerah yang sememang-memangnya tidak ternilai dari Allah. Sayangi, jagai dan didik lah anak2 kita itu dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Haruslah bijak dalam mendidik dan membentuk keperibadian anak2. Ingatlah tatkala kita mengabaikan anak2 kita atau merasa letih dengan adanya mereka, fikirkan mereka yang TERAMAT TERINGIN MEMILIKI ANAK. Kita insan yang bertuah mendapat gelaran mama/ibu/ummi/mak dengan lahirnya anak itu, maka terimalah amanah Allah itu dengans ebaik2nya. Jadikanlah mereka generasi hebat yang akan menerajui dunia ini.


P/S: Ini juga adalah sebagai peringatan untuk diriku sendiri. hrrmmm....

Friday, June 24, 2011

Dasyatnya doa seorang ibu/emak/mama/ummi/mommy

Perkongsian dari email yang diterima.

Assalamu'alaikum Semua,

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

1. Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

2. Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

3. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya. (Penat & segala rasanya untuk sehari tu semua ada)

4. Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata.
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

5. 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak. Ø Ibu. Ø Suami.

Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tengok lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..

6. Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

7. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

8. Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

9. Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

10. *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

11. Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan
jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni
sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat
kepada ibu kita.
Ø Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

12. Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” . Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

13*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

14. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

15. *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita
cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu
mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan
gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada
kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana. (dah macam
hindustan le pulok..)

16. Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

17. Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

18. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

19. Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

20. *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

21. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

22. *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

23. Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu!!??
1. Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi
jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa
mengantuk selepas asar.
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan /
Amalan / Sentuhan.
Ø Simptom terkena saka:
1. Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
2. Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
3. Susah nak dapat anak, senang gugur.
4. Ada rasa kelibat orang lalu.
5. Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam
kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai
suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

a. Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

b. 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

c. Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

d. Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.


Anak Lari Dari Rumah

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

Anak Degil
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
Ø Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see. So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita.



Wallahualam.... sampaikan ilmu ini kpd yg lain walaupun satu ayat..

Senyum kambing...

Kalau nak tersenyum atau tergelak, ada beberapa teka-teki dengan jawapannya sekali:

Teka-teki & Jawapan
1) Minyak apa yang disukai oleh lelaki?
Jawapan: MINYAKsikan pertandingan bolasepak.

2) Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Jawapan: Kuih salah bikin.

3) Binatang apa power Karate?
Jawapan: Kuda belang. Cuba kira berapa black belt dia ada.

4) Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Jawapan: Pembohong.

5) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Jawapan: Usus

6) Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya di kepala?
Jawapan: Kutu rambut

7) Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
Jawapan: Sebab lelaki ni kan 'buaya'

8) Apa beza secretary baik dengan secretary kurang baik?
Jawapan: - secretary baik..................'Selamat pagi tuan' Secretary kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

9) Apa persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson?
Jawapan: Dua-dua tak kenal korang.

10) Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Jawapan: Dua-dua kalau dah 'kringgg' boleh diangkat...

11) Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Jawapan: Mestilah kena tebang, siapa nak cabut pokok kelapa ...gila apa..