Salam Ramadhan..
Hari ni dah hari ke-4 berpuasa dan sememangnya hari ini indah kerana... HUJANN... nyaman sangat apabila bumi Allah ini disimbahi hujan yang merupakan rahmat bagi hambanya yang beriman. (Berbungo lah pulak mukaddimah achik hari ni yo...).
Pagi tadi masa nak keluar dari pintu rumah nampak langit gelap. Cakap pada kak long.. 'wah.. hari ni nak hujan lah...'. Kak long dengan selamba balas, 'hujan? hari hari hujan..'. Cepat-cepat saya perbetulkan tanggapan si anak kecil ini tentang hujan. Saya kata tak baik cakap macam tu. Hujan itu satu rahmat dari Allah. Kalau hujan turun mesti kita tak rasa panas. Kita rasa sejuk. Pokok-pokok yang mama tanam pun mesti suka sebab pagi lagi dia dah mandi dengan air yang banyak. Dan si anak kecil ini pun jawab.. "o.. cam tu...". Iyolah anak weh... jangan buat2 paham udoh le yea....
Saya memang suka dengan hujan. Dengan hujan saya rasa gembira sebab suasana akan menjadi sejuk, mood lebih.. ehem.. ehem... romantis lah kunun.... nak share ngan anak2 diorang ada kat umah atok dia. Nak share ngan Mr.RM, dio kojo... Jadi saya pun snap satu gambar nak menunjukkan betapa bahagianya saya dengan suasana hujan dan bunyi air hujan yang sedap didengar. Kan best kalau hari2 macam ni.. abis tu, kain yang dibasuh pagi tadi apa cerita. takkan basuh je? tak yah jemur yea..? haha.. gantunglah dengan apa cara sekalipun asalkan ianya kering setelah dicuci dan tidak busuks...
Menjalani hari ini membuatkan saya tak sabar. Kenapa? Sebab tak sabar nak masak siakap masak tiga rasa. Alahai.. bukan pandai pun. Cuba pun tak pernah. Takat tolong bonda pernah lah. Tapi.. looonnggg time ago........ so hari ni eden torai.. cuba try test tengok jadi ke tidak.. tak jadi tak pe, janji saya mencuba. Dan saya janji kalau tak jadi, saya akan buat lagi. (Siakap mahai weh... hari ni kat PD RM22/kg). Dan kalau menjadi pastinya saya akan post di next n3.
Hujan.. datanglah lagi esok hari.. i suka tau...