Saturday, July 5, 2014

Peppermint Ginger Plus Shaklee untuk Gastrik

Salam Ramadhan buat semua warga umat Islam. Sudah 6 hari kita semua berpuasa, menahan lapar, dahaga.. kawal emosi, sikap.. hehe.. maklumlah.. 11 bulan yang sebelum semuanya kita hentam saja kan. Makan, minum, bercakap sesuka hati. Jadi bulan Ramadhan ini bulan untuk tarbiah kita supaya menjadi hamba Allah yang lebih sempurna.

Thanks Google

Setelah hari yang ke 6 puasa kita dikhabarkan juga dengan pemergian Seniwati Biduanita Datuk Sharifah Aini. Innalillahi wa inna ilaihi raji'unn. Pemergian Allahyarhamah amat dirasai oleh seluruh penduduk di Malaysia bagi segenap lapisan masyarakat. Masa terdengar lagu rayanya dikumandangkan nanti sedekahkanlah Al-fatihah kepada beliau. Semoga beliau diampunkan segala dosa-dosanya serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman... amiiinnn...

Dari Google juga

Kembali pada topik asal kita berkaitan dengan produk kali ini iaitu Peppermint Ginger Plus atau PGP. Apakah Peppermint Ginger Plus?


PGP adalah terdiri dari kombinasi 4 herba yang banyak terdapat di negara barat dan timur. Ia dihasilkan di bawah standard dengan menggunakan penggunaan teknologi sains yang terkini. secara klinikal, PGP ini sangat membantu dalam merawat atau mencetah masalah loya, mabuk laut, sendawa, penghadaman dan gastrik. Ha.. kan.. pada tajuk pun sudah dinyatakan PGP untuk pesakit gastrik. Biala masuk bulan Ramadhan kadang-kala ada yang diuji dengan 'menjelmanya' sakit-sakit seperti Gastrik.

11 bulan lamanya kita makan dan minum ikut jadual kita sendiri.Sehari paling sikit kita makan 3 kali. Bila masuk bulan Ramadhan paling minimum pun 2 kali sehari, bersahur dan berbuka. Jadi berkemungkinan pada yang badannya kurang ketahanan, mungkin akan diserang gastrik, terutama sekali kaum wanita. Kalau anda dah kerap bersendawa, badan banyak angin, mudah sakit kepala, itu adalah antara petanda awal yang anda mempunyai sakit gastrik. Biasanya doktor akan mengatakan yang anda tidak boleh berpuasa jika ia menyerang anda disaat anda berpuasa. Sayangkan...

Jadi apakah manfaat PGP? Apa yang PGP ini boleh membantu anda/kita?
Peppermint Ginger Plus terdiri dari 4 bahan utama iaitu Daun Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis. Mari kita lihat bagaimana setiap bahan ini dapat menyumbang kepada manfaat kesihatan kita.

Juga dari Google
1. Pudina : Melegakan otot perut di mana ia mempunyai kesan penenang, membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan keakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.Selain itu, ia melegakan kean-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawtan kemoterapi. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.



Google lagi
2. Halia : Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit kerana pre-menstrual (datang bulan), loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).













3. Pokok Adas (fennal): dapat membantu mengatasi masalah kembung perut, melegakan gejala selsema, masalah alergi pada saluran usus.
Lagi-lagi Google
Sumber dari Melur.com

4. Cekur Manis (anise) : ia membantu melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan ketika datang bulan, batuk dan kahak, merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, memberi kelegaan haba pada musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.



Sekiranya anda mengalami masalah penyakit gastrik atau Gerd yang agak serius adalah lebih baik anda mendapatkan rawatan dari doktor. Namun berdasarkan pengalaman saya dan suami yang mengalami masalah Gerd, tidak ada ubat yang terbaik dapat dibekalkan oleh pihak hospital melainkan ubat yang mengawal rasa sakit itu sendiri. Selain mengambil PGP, apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengawal corak pemakanan anda sendiri. Anda sendiri tahu apa yang anda makan dan bagaimana makanan itu bereaksi dengan perut anda.

Berminat dengan produk ini. Hubungi saya dan anda akan mendapat konsultasi dengan percuma.

Pearlfie 0125986369
(Sapiah Ishak SID 1068184)

Cepat-cepat hubungi saya...