Tuesday, January 20, 2015

Promosi Awal Tahun 2015 yang GEMPAKS!!

hmmm... malaslah nak mulakan kata-kata yang blog saya ni dah berabuk lah, bersawng lah.. nyampah dah orang membacanya (agaknya....). Untuk hari ni just nak make it short. Jangan senyap sunyi sangat blog saya ni.

Sebagai pembuka lembaran baru untuk Tahun 2015 bagi my first 'kedai' (Shaklee) nak tunjuk kat satu DUNIA...yang Shaklee ada promo GEMPAKS you.... apa taknya.. dah tengok sideburn(sidebar) kanan you all? Kembar tiga tau!!! Ada.....


Tiga-tiga ni kena borong tau. Kalau borong as member lagi la berganda untungnya. Nanti boleh dapat bonus bulan Februari..

Berminat kan... kan... kan... Hubungi saya ye...

SAPIAH BINTI ISHAK (SID 1068184)
012 598 6369 (Whatsapp / WeChat / Telegram / SMS)
Facebook : pearlfiemamahealth

Saturday, July 5, 2014

Peppermint Ginger Plus Shaklee untuk Gastrik

Salam Ramadhan buat semua warga umat Islam. Sudah 6 hari kita semua berpuasa, menahan lapar, dahaga.. kawal emosi, sikap.. hehe.. maklumlah.. 11 bulan yang sebelum semuanya kita hentam saja kan. Makan, minum, bercakap sesuka hati. Jadi bulan Ramadhan ini bulan untuk tarbiah kita supaya menjadi hamba Allah yang lebih sempurna.

Thanks Google

Setelah hari yang ke 6 puasa kita dikhabarkan juga dengan pemergian Seniwati Biduanita Datuk Sharifah Aini. Innalillahi wa inna ilaihi raji'unn. Pemergian Allahyarhamah amat dirasai oleh seluruh penduduk di Malaysia bagi segenap lapisan masyarakat. Masa terdengar lagu rayanya dikumandangkan nanti sedekahkanlah Al-fatihah kepada beliau. Semoga beliau diampunkan segala dosa-dosanya serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman... amiiinnn...

Dari Google juga

Kembali pada topik asal kita berkaitan dengan produk kali ini iaitu Peppermint Ginger Plus atau PGP. Apakah Peppermint Ginger Plus?


PGP adalah terdiri dari kombinasi 4 herba yang banyak terdapat di negara barat dan timur. Ia dihasilkan di bawah standard dengan menggunakan penggunaan teknologi sains yang terkini. secara klinikal, PGP ini sangat membantu dalam merawat atau mencetah masalah loya, mabuk laut, sendawa, penghadaman dan gastrik. Ha.. kan.. pada tajuk pun sudah dinyatakan PGP untuk pesakit gastrik. Biala masuk bulan Ramadhan kadang-kala ada yang diuji dengan 'menjelmanya' sakit-sakit seperti Gastrik.

11 bulan lamanya kita makan dan minum ikut jadual kita sendiri.Sehari paling sikit kita makan 3 kali. Bila masuk bulan Ramadhan paling minimum pun 2 kali sehari, bersahur dan berbuka. Jadi berkemungkinan pada yang badannya kurang ketahanan, mungkin akan diserang gastrik, terutama sekali kaum wanita. Kalau anda dah kerap bersendawa, badan banyak angin, mudah sakit kepala, itu adalah antara petanda awal yang anda mempunyai sakit gastrik. Biasanya doktor akan mengatakan yang anda tidak boleh berpuasa jika ia menyerang anda disaat anda berpuasa. Sayangkan...

Jadi apakah manfaat PGP? Apa yang PGP ini boleh membantu anda/kita?
Peppermint Ginger Plus terdiri dari 4 bahan utama iaitu Daun Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis. Mari kita lihat bagaimana setiap bahan ini dapat menyumbang kepada manfaat kesihatan kita.

Juga dari Google
1. Pudina : Melegakan otot perut di mana ia mempunyai kesan penenang, membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan keakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.Selain itu, ia melegakan kean-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawtan kemoterapi. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.



Google lagi
2. Halia : Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit kerana pre-menstrual (datang bulan), loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).













3. Pokok Adas (fennal): dapat membantu mengatasi masalah kembung perut, melegakan gejala selsema, masalah alergi pada saluran usus.
Lagi-lagi Google
Sumber dari Melur.com

4. Cekur Manis (anise) : ia membantu melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan ketika datang bulan, batuk dan kahak, merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, memberi kelegaan haba pada musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.



Sekiranya anda mengalami masalah penyakit gastrik atau Gerd yang agak serius adalah lebih baik anda mendapatkan rawatan dari doktor. Namun berdasarkan pengalaman saya dan suami yang mengalami masalah Gerd, tidak ada ubat yang terbaik dapat dibekalkan oleh pihak hospital melainkan ubat yang mengawal rasa sakit itu sendiri. Selain mengambil PGP, apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengawal corak pemakanan anda sendiri. Anda sendiri tahu apa yang anda makan dan bagaimana makanan itu bereaksi dengan perut anda.

Berminat dengan produk ini. Hubungi saya dan anda akan mendapat konsultasi dengan percuma.

Pearlfie 0125986369
(Sapiah Ishak SID 1068184)

Cepat-cepat hubungi saya...

Wednesday, June 18, 2014

Set Shaklee di Bulan Ramadhan

"Ahlan wa sahlan.. marhaabaann.. ahlan wa sahlan ya Ramadhan.."
Hanya beberapa hari sahaja lagi bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam bakal menemui kita. Hampir setahun kita menunggu bulan penuh keberkatan dan rahmat ini. Di bulan Ramadhan ini nanti seharusnya kita perlu memperbanyakkan amal ibadah kita disamping menjalani aktiviti rutin kita.

Jadi, adakah anda telah bersedia menerimanya? Oh! Persediaan yang bagaimana ya? Kalau nak menghadapi peperiksaan ulangkaji dan latih tubi akan dipertingkatkan. Kalau nak kawin..hmmm... macam-macam yang perlu ditempah, dibuat, disediakan, dirancang dan macam-macam lagi. Kalau nak makan pun mesti fikirkan apa nak makan, makan dimana atau masak ke.. kan? Jadi adakah tiada persediaan untuk menyambut Ramadhan ini? Tentu ada. dan saya nak kongsikan apakah salah satu PERKARA PENTING YANG WAJIB sebagai persediaan menghadapi Ramadhan adalah dengan ini...............
Set Ramadhan





Kami namakannya sebagai set Ramadhan kerana kami yakin, ESP, Performance Drink & Meal Shakes adalah suplemen kesihatan yang mampu menjana tenaga yang berpanjangan untuk kita semua sepanjang hari berpuasa. Terutama sekali bagi anda.. ibu berkerjaya, suri rumah, sura rumah, encik suami, ibu, bapa, atok, nenek, opah, anak-anak yang bersekolah... dan ramai lagi termasuk mereka yang menghadapi kekurangan tenaga dan sebagainya. Mengapa 3 produk ini?


1. Performance Drink - Natural Orange. Ramadhan tahun ini kita bakal menghadapinya dalam cuaca yang panas & kering ~ fenomena el nino.  Penyahidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan ini sangat mudah berlaku terutamanya di bulan Ramadhan. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.






2. Meal Shakes. Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.



3. Energyzing Soy Protein (ESP). ESP menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya juga mampu membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid. Yang penting pengambilan soya Shaklee ini adalah selamat kerana ianya terhasil darisumber soya non-GMO.

Adakah anda bersedia menghadapi Ramadhan? Jangan pandang belakang. Jadikan bulan Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik.

Jika nak kesihatan, usahalah ke arahnya..
Shaklee dan saya dan anda tidak mungkin terpisah..
Nak menambah duit raya....
Sila hubungi saya lah.. :)


* facebook : Pearlfiemamahealth
* Whatsapp / Call / SMS : 012 598 6369
* Blog : pearlfiemamahealth.blogspot.com
* eMail : sapiahishak@ymail.com
 





Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, June 12, 2014

Vitamin E dan ANDA

Saya masih ingat lagi satu masa dulu, masa saya muda remaja yang mak abah saya ada satu buku petua. Buku petua ni ada macam-macam petua untuk penjagaan diri luar dan dalam. Dah tentu saya sangat suka petua untuk kecantikan diri. Maklum la remaja.. nak cantik tu mesti. Nak kurus la.. macam-macam lagi.. konon nak bagi menarik di mata orang lain.. sekarang ni dah insaf la.. tak lah pulak saya nak cantik sebab nak menarik perhatian orang lain..

Jadi apa yang menarik tentang buku tu (yang saya tak tahu entah ada lagi ke tidak kat umah mak abah saya tu.. :-) ), petua-petua mudah untuk dapatkan kulit putih gebu, kulit licin dan bebas jerawat, macam mana nak dapatkan tumit yang cantik, licin dan kemerahan (ada ke?), perut kempis, mata cantik dan macam-macam lagi.. dan saya pun dah tak ingat.. its about 20 years back.. SIMPLE. Itu yang saya boleh gambarkan tentang buku tersebut di mana kalau nak cantik ada cara-cara yang mudah yang boleh kita gunakan. Mungkin di entri akan datang saya akan kongsikan serba sedikit, setakat yang saya ingat dalam blog ni nanti ye. Kalau cerita pasal tu nanti kena ubah tajuk. hehehe



Baiklah. berbalik kita pada tajuk utama kita iaitu produk HOT Shaklee, Vitamin E.

Kenapa Vitamin E? Anda suka makan contoh makanan seperti  gambar di atas? Dalam sehari berapa banyak anda ambil? Mustahil segala benda ni kita ambil kan??????? Jadi kenapa nak bersusah-susah. Shaklee ada penyelesaian TERMUDAH yang anda sendiri tak dapat bayangkan betapa mudahnya hidup anda melainkan anda ikut cakap saya. (macam satu arahan kan?)






Bukan mudah dalam sehari kita nak ambil semua tu kan.. tapi dengan mengambil suplemen pastinya segala yang badan kita perlukan itu dapat diselesaikan. Betul ada banyak penawaran produk vitamin E di pasaran. Tapi apa yang membuatkan Vitamin E Complex (ha.. nama penuh ko ku bagi..) berbeza dengan dengan vitamin yang ada dalam pasaran.



Vita-E Complex dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.
Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara mebran sel, sel darah merah dan tisu tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.



Kebaikan dan kelebihan Vitamin E Shaklee:

- Memperbaiki peredaran darah
- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Merendahkan kadar kolesterol 
- Melindungi paru paru dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut & masalah jerawat
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak

- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser

 - Meningkatkan prestasi atlet dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki ~ bagus bagi yang merancang untuk punyai anak
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu

 

Sebenarnya ada bnyak lagi kebaikan vitamin E. Memang kita boleh dapat bila kita menjadi penggunanya. Siapa yang tak nak cantik? Siapa tak nak sihat? Tak ada kan.. Jadi, apa kata anda mulakan hari anda, setiap hari dengan pemakanan sihat. belanja sedikit duit untuk kesejahteraan yang berpanjangan. Jangan nanti perlu belanja banyak sebab nikmat sihat dan sejahtera itu ditarik semula. 

Nak sihat kannnnn..... hubungi saya cepat-cepat. bulan ni promosi Vitamin E. Bagus untuk ANDA yang nak jadi AHLI SHAKLEE..
Sapiah Ishak (SID 1086164)
Whatsapp/Call/SMS 012 598 6369

Sunday, April 13, 2014

Keperluan Kalsium untuk Ibu atau bakal Ibu

Masih lagi mengenai Kalsium & of course ostematrix Shaklee.. tapi kali ini saya ambil dari petikan dari Kosmo online bertarikh 11 April 2011. Untuk membaca artikel asal: Sila klik di sini
***************************** 

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.


IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.



Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.


Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.


IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.



Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
********************************
Jadi, mungkin ada antara anda yang susah dan tak suka minum susu. Apakah alternatif yang anda ada? Saya mengamalkan dengan Ostematrix Shaklee. 1 biji ostematrix bersamaan dengan 250ml susu. Lebih kurang segelas susu. Mudahkan... Sebaiknya ia di ambil pada waktu malam sebelum tidur. Untuk ibu hamil digalakkan anda mengambil ESP + Vita Lea + BComplex + Ostematrix untuk kesihatan optimum.

Nak dapatkan produk ini dan banyak lagi???


Thursday, April 10, 2014

Kalsium dan Ostematrix Shaklee

Bulan April ni best sangat-sangat.. sebabnya, produk yang saya suka sangat ada promosi.. Apa lagi.. tengok tajuk pun dah tahu kan.. Bulan ni promosi Shaklee adalah Ostematrix. Salah satu produk yang membantu kawan saya yang tegar mengambil minuman berkafein dan sering sakit-sakit pinggang terus setia dengan ostematrix ni.. termasuk la akak dik nonnn.. hehe

Apakah Ostematrix??

Ostematrix yang dikeluarkan oleh Shaklee mempunyai kalsium yang isinya paling seimbang dalam memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya yang unik, diperbuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati.

Kandungan...
1. Kalsium
2. Magnesium (ion positif yang no 2 penting dalam tubuh badan, penggalak komposisi tulang rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga,pengecutan saraf otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus - pembuangan, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi bati batu karang atau batu hempedu)
3. Fosforus
4. Vitamin D 
5.*Zinc, *kuprum, *manganes dan *boron (*memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang rawan dan menghalang artritis). 

Kesemua nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Manfaat Utama Ostematrix..

1. Menguatkan tulang
2. Memperbaiki kekejangan
3. Meringankan stress
4. Memperbaiki masalah haid
5. Pengalkalian tubuh
6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
7. Vitamin D - dinamakan sembagai vitamin D apabila pada 1916 didapati yang ianya mampu merawat penyakit Rickets.

Sememangnya terdapat banyak penawaran produk yang mengandungi kalsium dalam pasaran. Tetapi bagaimana nak memilih yang terbaik?
1. Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium.
2. Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Jadi perlu rajin baca kandungan produk ya..

Nak beramal dengan Ostematrix Shaklee?? Hubungi saya..

Monday, April 7, 2014

Keperluan Kalsium

Sejak kecil lagi kita sudah diasuh untuk meminum susu. Kita dimaklumkan oleh ibu (selalunya) dan ayah untuk minum susu sebab kita nak dapatkan tulang yang sihat, mata yang sihat, kulit yang cantik dan sebagainya. phari ini juga ada pelbagai produk tenusu yang berada di pasaran. Macam-macam jenis vitamin dan khsiat yang dimasukkan dan digabungkan untuk memastikan sasaran pasaran pengeluar adalah tercapai. Begitu juga dengan anak-anak saya.. Kakak yang berusia 7 tahun, masih lagi minum susu (cawan), dan dia selalu kata yang dia nakkan tulang yang kuat dan sihat. Adik pula (4 tahun) dah tentu makanan rujinya adalah susu.. tu yang badan dia bam bam.. hehe..


Apa itu Kalsium?
Kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh manusia. Kalsium boleh diperolehi bukan sahaja dalam bentuk cecair (susu) malah seperti keju, dadih, pil juga boleh diperoleh.


Nak tahu beberapa fakta menarik tentang kalsium?? (sumber dari pama.karangkraf.com) 

  1. Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.
  2. Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.
  3. Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang.
  4. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.
  5. Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.
  6. Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.
  7. Kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, mereka memerlukan kira-kira 800gm kalsium sehari.
  8. Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.
  9. Pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. Keadaan semula jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.
  10. Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.
  11. Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak.
  12. Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.
  13. Kini, ada banyak makanan seperti bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. Lihatlah label makanan tersebut untuk mengenal pasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.
  14. Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.
  15. Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit ‘rickets’.
  16. Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid ‘oxalic’ yang ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.
  17. Tahu kah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.
  18. Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.
  19. Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.
  20. Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkanlah makanan bersama susu. 
Ada seperkara yang saya highlightkan di sini dimana sebenarnya saya sendiri tidak mengetahui yang susu tidak boleh diambil bersama-sama dengan coklat!!! Saya tak pasti adakah ianya sahih. Namun mungkin anda semua boleh membuat kajian terperinci, atau mungkin pakar pemakanan boleh menjawab akan perkara ini. Mungkin jika saya ada jumpa lagi fakta-fakta menarik akan saya kongsikan di sini.

Kesimpulannya, badan kita memang sangat memerlukan kalsium untuk kehidupan. Ada banyak risiko yang bakal diperoleh sekiranya kita kekurangan kalsium, terutama sekali bagi penggemar kopi yang tegar.. Walaupun Rasulullah juga penggemar kopi, namun Baginda juga penggemar susu kambing..

Jadi, Jika kita tidak mendapatkan keperluan kalsium dengan secukupnya, maka badan kita akan mengambilnya dari tulang. Jadi fikir-fikir dan renungkan gelagat pemakanan kita seharian bagaimana.. Adakah mengandungi kalsium atau tidak???

Sehingga berjumpa lagi... 


Inginkan produk Shaklee?? Hubungi saya..

pearlfiemamahealth + FB + SMS + Whatsapp  = 012 598 6369