Wednesday, November 10, 2010

Kenangan Berpantang


Sibuk dengan peperiksaan dan menanda kerta. Dah selesai baru mampu nak jengah blog ni. Sambil tu teringat nak menyimpan memori berpantang anak kedua kali ini.




Fakta memori indah ini:


Tahun ini, Ogos 2010 saya berpantang dibulan Ramadhan.


Tempat : Rumah mak di Perak.


Kaedah kelahiran : Masih cesarean. Belum merasa lagi bersalin secara biasa. Doc kata baby besar, almost 4.3.kg. Bila keluar 3.7kg. Sama seperi kak long punya weight.. Tak apalah. Janji kami selamat. Alhamdulillahh..


Berpantang berdua dengan adik kedua, angah. Dia pun LSCS. Sebab baby dah berak.




Meriahnya berpantang kali ni rasa-rasa macam nak berpantang lagi. Yang frustnya bercuti hanya 60 hari (Sebab keje gomen). Kalau 2011 dah kompom dapat 90 hari. Barulah rasa selesa nak menyusukan anak and prepare EBM untuk anak. By the time nak hantar anak ke babysit, baby pun dah 3 bulan. Dah agak strong enough untuk duk jauh kejap dari mama.




Menyingkap pengalam kelahiran kali ni memang kelang kabut dan agak express. Minggu ke 37 kehamilan saya diarah berjumpa dengan doc pakar O&G di GH Seremban. Jumpa aja terus doc scan & doc tu macam risau. Di panggil Pengarah O&G and bila pengarah tu sampai, soalan dia:


Doc : U rasa baby u besar?


Saya : (Dalam hati dah agak dah mesti kes big baby nih..) Ntah.. mungkin yea mungkin tak.


Doc : Baby u besar lah... (sambil pegang2 perut i.. alahai.. segannye...)


Saya : (Terkebil kebil pandang doc tu nak tunggu respon dia..)


Doc : Operation...


Saya : (Again...?? masih tak bersuara..)


Doc : Ok? Ni solution yang ada. Tak boleh tunggu lagi. Takut baby u makin besar. This is about +- 3.5kg.


Saya : Kalau dah macam tu saya nak transfer ke hospital Ipoh lah doc. 1st baby pun operation di sana. Boleh?


Doc : Boleh.. Nanti kita buat surat.




Dalam hati rasa kecewa dan sedih pun ada. Kenapalah mudah sangat doktor buat keputusan operate sahaja. mudah bunyinyakan....

*********
Penerimaan Kak long bila pertama kali nampak adik adalah negatif. Dia nangis. Dia tolak-tolak adik dia. Dia tak bagi mama dia pegang. Bila balik ke rumah, dia nak baring dekat mama. Opah kena pegang adik. So, mama rasa tak pe. Bagi peluang dia nak lepaskan rindu pada mama yang 4 hari tinggalkan dia (balik aje bawak orang lain pulak yea... :-D).


Berpantang dengan orang lain terutamanya adik sendiri memang satu suasana yang sangat mahal dan tak mungkin dapat dilupakan. Sorang baby nangis, yang sorang lagi akan ikut. Ibu bangun susukan anak nya, mama pun bangun susukan adik. Adikku mendapat anak lelaki. Ini adalah anak pertamanya. Jadi masih kekok nak mengendalikan anak kecilnya itu. tambahan pula anaknya itu kerap menangis yang berpanjangan, ditambah dengan kesukarannya nak menyusukan anaknya kerana anaknya agak sukar nak melekap dengan baik pada putingnya... Tapi.. alah bisa tegal biasa. Lama kelaman anak itu sudah bijak menyesuaikan mulutnya dengan puting siibu.


Setiap pengalaman melahirkan itu berbeza walaupun kaedahnya masih sama, LSCS atau normal. Malah pengalaman berpantang juga pastinya berbeza. Berpantang anak pertama, lain situasinya, berpantang anak kedua, juga lain situasinya kerana sudah ada anak yang pertama. Walaubagaimanapun penyusuan susu ibu harus diutamakan kerana itulah yang terbaik. Bukannya susu awal lembu walaupun seribu kebaikan dan khasiat diberitahu. Kerana susu ibu untuk anak ibu.. Kuatkan semangat beri yang terbaik untuk anak-anak kita. Mereka harta bernyawa yang akan mendoakan kita apabila kita tiada kelak.


Tuesday, October 12, 2010

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak! iluvislam.com + discover the beauty of islam

Anakku dan Susu Ibu


Assalamualaikum..

Fuh.. Dah berbulan lamanya tak menjenguk blog saya ni. Dah lah bersawang, berhabuk jangan cerita la.. BAru masuk kerja setelah 2 bulan berehat dengan permata hati yang baru, ini baru berkesempatan nak menyusun kata agar menjadi ayat untuk dikongsi dengan para pembaca.


Saya pernah meceritakan perihal penyusuan susu ibu. Alhamdulillah setakat ini saya berjaya menyusukan anak saya secara eksklusif selama 2 bulan lebih. Penyesalan yang bersarang dalam hati lantaran tidak dapat menyusukan puteri sulungku selama yang boleh menjadi suntikan semangat agar tidak kecundang buat kali kedua. Dan kini setelah hampir 2 minggu aku menyambung tugas, puteri kedua ku ini masih lagi dapat menikmati susu saya walaupun tanpa mama di sisi. (Ku panjatkan rasa syukurku yang tidak terhingga pada Mu Ya Allah atas nikmat dan rahmat yang telah kau berikan, Alhamdulillah..)


Bercerita tentang pngalaman saya kali ini yang berusaha menyusukan anakku secara eksklusif dan berterusan sehingga 2 tahun (InsyaAllah) memang banyk cabarannya. Itu memang saya akui setelah saya mengalaminya sendiri. Kalau kita hanya bercakap tentang keperluan menyusu bayi melalui susu ibu memanga bunyinya amat mudah, terutama sekali bagi mereka yang tidak berpengalaman. Tetapi apabila kita berada di situasi tersebut dengan pengetahuan yang diperolehi sebelum melahirkan bayi, pasti kita akan bersemangat ingin melaksanakannya. Itulah yang terjadi kepada saya. Saya ingin merasai pengalaman itu dan saya dapat.


Cuma disebalik usaha murni kita itu pastinya ada cabaran dan dugaan yang besar (bukan maha besar) yang perlu kita atasi dan hadapi dengan hati yang kuat, semangat juang yang tinggi, motivasi yang tinggi dan yang penting misi kita itu tercapai. Bukankah pengalaman menyusukan anak itu tidak berlaku disepanjang hayat kita. Apabila anak kita sudah dewasa dan berumahtangga, kita peroleh cucu, bolehkah kita ingin menyusui cucu kita?? Pasti tidak bukan. Pasti anak yang kita susui dan dodoi dahulu ingin melakukannya juga. Jadi mengapa kita tidak menikmati suasana menyusukan anak ini ketika kita mempunyai anak yang boleh disusui? Mengapa ada sahaja yang menjadi penghalang dan kita kalah?

Kaum wanita memang dilahirkan dengan kekuatan emosi dan fizikal yang amat mantap (saya tak nak bandingkan dengan lelaki nanti ada yang 'bekeng' =)). Kita boleh melahirkan dan kita boleh membesarkan anak-anak dengan susu yang terhasil dari badan kita. Faktor-faktor yang melemahkan semangat kita untuk menysukan anak dengan jayanya seperti suami (terutama sekali) amatlah mengecewakan.


Seharusnya suami adalah pendorong terbaik untuk melihat anak membesar dengan susu ibu bukannya susu lembu. Jika si isteri mengalami kesukaran untuk menyusukan anak, suamilah yang harus memberi semangat dan menyokong isteri agar tidak kecundang. Ini kerana suami adalah individu yang paling rapat dengan isteri berbanding orang lain. Suami juga haruslah bersimpati atas kesukaran yang isteri hadapi seperti kepenatan yang mengakibatkan tidak dapat menyelenggara rumah dengan baik. Isteri yang menyusukan anak jika tiada sokongan suami pastinya boleh menjejaskan emosinya. Tekanan yang dialami boleh menggugat kuantiti penghasilan susu ibu yang akhirnya akan mendorong si ibu untuk memberi susu formula kepada bayi. Maka membesarlah anak itu nanti dengan susu formula tersebut.


Bukankah merugikan jika itu yang terjadi? Susu ibu yang kaya dengan khasiat semulajadi, kaya dengan antibodi untuk si bayi yang tidak terdapat dalam susu formula apatah lagi ianya PERCUMA, tetapi kita mensia-siakannya. Kita sanggup berhabis duit yang banyak setiap bulan untuk membeli susu formula kepada bayi kita. Itu tidak termasuk pemilihan susu terbaik yang harganya ada yang mencecah ratus ringgit. Namun jangan kita lupa isu susu tercemar dan ketidakpastian sumber susu formula tersebut dihasilkan.


Agama Islam juga menyatakan bahawa penyusuan bayi adalah dengan susu ibu kerana ianya yang terbaik. Bukan sahaja baik kepada bayi itu sendiri, malah kepada ibu, bapa malah keluarga. Jika gaji bulanan ibu bapa tidak perlu diagihkan untuk keperluan membeli susu bayi, maka perbelanjaan tersebut boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti pembelian insuran, pendidikan, pakaian, perubatan dan sebagainya. pokok pangakal selain si ibu yang menyusukan bersemangat juang yang tinggi untuk menyusukan sanak sehingga 2 tahun, si ayah juga berperanan pntng dalam memastikan hasrat murni si ibu itu tercpai. Lakukanlah kerana Lillahita'ala. Suami sebagai pemimpin keluarga haruslah bijak menentukan yang terbaik untuk anak-anak dan isteri, maka akan terhasillah 'Keluargaku Harta Dunia Akhiratku'.


Wednesday, July 7, 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis…

Berdasarkan emel yang saya terima dari seorang sahabat.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itudan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia". Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepadaanaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.

Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namunsekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang palingbertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu". Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalahperempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yanghampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yangberteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknyayang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memeliharakamu! ALLAHUAKBAR!

Monday, July 5, 2010

BERSIHkan dulu KANGKUNG tuu...


Assalamualaikum.. Saya memang gemar makan sayur, terutama sekali sayur berdaun hijau. Kalau pergi pasar malam, mesti beli yong tau fu (hubby pun suka). Salah satunya pasti kami akan masukkan kangkung. Tapi bila baca entry kak Norzailina dalam blog beliau, saya rasa... dah tak sampai hati nak makan kangkung, sama ada di masak, dicelur atau dikukus terutamanya dikedai-kedai. Tak yakin sungguh rasanya hati ini. Tambahan pula, bila memikirkan si kecil yang berada dalam kandungan ini. Jadi, bila difikirkan semula, Islam telah mengajar kita supaya menjaga kebersihan dan menjadikan kebersihan itu adalah sebahagian dari IMAN kita. Betapa murninya agama Islam itu kerana menjaga umatnya agar tidak mudarat apatah lagi melalui pemakanan. Jangan kita terlalu seronok dengan makanan yang pelabagai dijuadahkan untuk kita sehingga kita terlupa akan kebersihan makanan itu. Maka di sinilah kita perlu menekankan konsep halalan toyyiban..


Saya nak share entry kak Norzailina (mungkin ada yang tak terbaca) mengapa kita perlu berhati-hati dengan sayur ini, iaitu KANGKUNG.




Pada satu hari seorang anak kecil yang menderita sakit perut telah dibawa ke hospital. Dia mengalami cirit birit selama dua hari. Pelbagai ubat sakit perut sudah diberikan tetapi masih tidak sembuh.Doktor bertanya, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Ibubapa anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya cirit birit, dia tak mahu makan, hanya minum susu, tetapi akan muntah semula.Kata ibubapa anak itu, sebelum sakit perut, anak mereka makan kangkung. Doktor segera melakukan x-ray, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor tidak mampu membuat keputusan tentang jenis rawatan yang diperlukan kerana terlalu banyak lintah.Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Ia tidak akan mati walau dimasak selama mana pun, apa lagi untuk masakan kangkung yang cepat dan mudah. Lintah hanya akan mati jika dibakar.Di dalam usus anak tadi, hanya dalam 1 hingga 2 hari lintah itu berkembang biak dengan cepatnya kerana menghisap darah. Jadi, jika hendak memasak kangkung, pastikan batangnya dibelah dua dan dibersihkan betul-betul.

Foto ~ seedsforsale.com
Posted by zai at 4:37 PM

Sunday, June 27, 2010

Kebaikan Susu Ibu

Artikel ini saya copy dari blog Dr Azwan yang bertajuk Susu Ibu vs Susu Lembu. Harap bermanfaat buat para pembaca. (saya copy sebab belum berpengalaman full breastfeed anak saya. Ni baru nak belajar)


Susu Ibu vs Susu Lembu - Selamat Hari Ibu
Assalamualaikum Wbt.
Sempena Hari Ibu ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini… dan saya ingin berkongsi dengan semua pengunjung blog tentang artikel saya ini sempena hari ibu.
Salah satu yang membezakan di antara manusia yang bergelar ibu@ ummi@ emak dengan makhluk Allah yang lain termasuk insan bergelar bapa@ abah, segala haiwan-haiwan dan serangga2… tak lain dan tak bukan ialah… SUSU IBU…. (Well, susu drpd ibu lembu dipanggil susu lembu atau susu awal lembu kan?…. bukan susu ibu lembu). Sila baca artikel ini sehingga habis.. mungkin anda boleh sampaikan kepada ibu2 lain…
Kelebihan Susu Ibu.

Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. saya ulangi.. TIADA.. susu-susu formula.. susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tumbesaran bayi.
Ok lah.. anda memang meminati susu formula atau susu lembu… Tak pe.. tapi anda harus ingat..
Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..

Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…
Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu… (eleh… memang tak pernah bangun pun!)…
Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu...
Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.
Susu Tak Cukup.

Tapi kan… ramai ibu-ibu yang biasanya anak pertama… mengeluh.. bukan tak nak bagi… tapi tak cukup.. atau alasannya anak tak nak minum… walaupun alasan tersebut memang ada logiknya.. tapi mari kita sama-sama tengok...

Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pituitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya….. Kalau susu tak ada… bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan… nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.

Kadangkala kita mengikut pantang terlalu “strict”… Tak salah ye puan-puan… tapi macamana kita nak harapkan susu yang terhasil 2000 ml sehari (banyak tu.. boleh buat berniaga..hhehe)… kalau kita minum air pun 100 ml je sehari… Minum air kena cukup... Saya tak pasti kenapa orang tua strict sangat dengan air ni.. kadang-kadang depa kata nanti “kembang”… apa entah yang kembang… Menurut teori oleh Pakar saya… mungkin zaman dahulu, luka di tempat bersalin tu tidak berjahit (yelah dulu-dulu kan bersalin kat rumah).. kadang2 koyak tang sana- koyak tang sini… so nak elak dari luka tu terjangkit kuman, maka dikurangkan minum air, supaya kuranglah terkencing… bila kering cepat luka baik. Tapi sekarang luka dah berjahit, ada pulak antibiotik.. saya rasa alasan tu dah tak releven.

Sekali lagi pasal pantang… susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan… tak tau mana sejuk mana panas…
Cara menyusu yang tidak betul. Sekiranya puan-puan tidak ada pengalaman menyusu, maka berlajarlah dari yang mempunyai pengalaman. Bantuan boleh didapati daripada klinik-klinik ibu mengandung atau hospital mesra bayi.

Tak nak bagi susu ibu sebab anda sibuk bekerja? Takut anak anda tak nak kat pengasuh? haaa..sekarang ni ada caranya... kalau anda betul2 sayangkan bayi anda... lihat di bawah...
Simpan Susu Ibu di dalam FREEZER?

Tak Bohong! Memang boleh masuk dalam freezer. Saya pun pernah buat… Walaupun mendapat tentangan daripada family awal-awal dulu… Kata mereka nanti anak kembung.. anak sakit… susu tak elok… Saya teruskan juga… Hasilnya, anak-anak saya mendapat susu ibu sehingga 5-6 bulan walaupun orang rumah bekerja. Mudah aje.. guna breast pump, masukkan dalam bekas plastik kecik… letak tarikh.. masukkan di dalam freezer (beku). Susu dalam freezer boleh tahan 3 bulan!· Susu ibu di dalam suhu bilik tahan 4-8 jam· Susu ibu di dalam fridge bawah tahan selama 5 hari - 1 minggu (letak kat belakang)· Susu ibu di dalam freezer tahan selama 3 bulan – 6 bulan. (Wow! Tak tahu pun!)· Untuk mencairkan susu beku, jangan guna microwave, air panas, atau air menggelegak. Cuma rendamkan di dalam air suam kuku atau air biasa sebelum digunakan, atau letakdi fridge bawah beberapa jam sebelum direndam di dalam air suam. Kemudian boleh transfer di dalam botol...

Di zaman teknologi, bidang perubatan juga telah berubah. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa Ibu menghasilkan susu yang sangat baik untuk anak mereka. Kasihan sekiranya, para ibu tidak menganugerahkan susu ciptaan tuhan kepada anak mereka disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri atau kejahilan ibu-bapa mereka. Pantang-larang tidak berubah sejak zaman berzaman… tetapi ilmu pengetahuan sentiasa ke hadapan … Selamat Hari Ibu…

Harap bermanfaat buat semua..

Sunday, June 13, 2010

Susu Ibu


Assalam..

Dah teramat lama tidak update blog ni dengan hasil tulisan tangan saya sendiri. Sejak berhijrah dari utara ke selatan dengan keadaan berbadan dua ni, rasa-rasanya mood berjinak-jinak dengan blog ni ada 'kureng' sikit. Mungkin sebab tukar angin kot. Before ni angin gunung.. la ni angin pantai.. Anyway masa yang dah berlalu tu banyak mengajar saya agar lebih mesra dengan pesekitaran baru ni.






Alhamdulillah.. walaupun saya berbadan dua untuk kali yang kedua, saya masih gagah diberikan kudrat oleh Allah Yang Maha Kuasa untuk meneruskan kehidupan harian. Tanpa rasa 'morning sickness' yang melampau (muntah sikit-sikit je..) walaupun masa 1st pregnancy lebih maintain. Mungkin pembawakan jantina lain kot.. Wallahu'alam... Kalau iya, Alhamdulillah..



Pada second preggy ni juga aku didedahkan dengan satu ilmu yang hebat yang aku tak dapat semasa pertama kali aku mengandung. Ilmu tentang susu ibu. Kursus anjuran dari kawan seorganisasi dari unit yang berbeza banyak mengajar aku tentang pentingnya penyusuan susu ibu ni sendiri. Memang betul bila dah nak sampai masa bersalin para nurse akan bagi taklimat ringkas tentang kebaikan susu ibu. Tetapi selama yang saya dengar ni belum ada lagi yang memberi motivasi yan cukup tnggi kepadakit ibu-ibu yang bekerja terutamanya untuk menyusui baby dengan susu sendiri.



Kita diberitahu supaya perlu beri baby baru lahir kita tu dengan susu ibu, tetapi mereka terlupa mengajar teknik penyusuan yang betul. Sedih rasanya bila memandang wajah anak saya yang sekarang dah berusia 3+ tahun yang membesar dengan susu awal lembu. Bukan susu awal ibu. Sewaktu dalam pantang lagi anak saya dah 'dijinakkan' dengan susu lembu. Saya hanya betul-betul dapat menyusukan anak saya selama 2 bulan sahaja. Habis cuti bersalin saya dah berkursus. Tinggallah anak kecil saya itu dengan opah dan tok di kampung dan kenyanglah dia dengan susu formula. Balik dari kursus, susu pun dah kurang, lama tersimpan dalam B, agak-agaknya dah tak sedap kot, terus anak saya tak nak susu badan. Bila saya try bagi jugak dia hisap, tapi lama kelamaan my nipple sakit dan kering. Nampaknya setakat itu sajalah susu dari mama untuk anak mama.. huhuhu.. Namun begitu Alhamdulillah, walaupun dengan susu formula yang kurang kuat pemberian antibodi tu, anak saya tidaklah kerap demam, cuma dia mudah diserang selsema sekiranya cuaca kerap hujan, habuk dan bila kena selsema maknanya mama dan ayah kenalah gilir-gilir jaga dia waktu malam. Nasib baik bab anak tak sihat ni suami saya concern sesangat.. Harap-harap selamanya dia akan sebegitu.. Amin...



So, bertitik tolak dari kursus tersebut saya dah mula berazam akan memberi susu sendiri kepada 2nd baby ni tak kira walau susah macam mana sekali pun. Walaupun tiada sokongan dari suamiku (sedihnye..). Selain dari baik untuk kesihatan anak saya dan saya sendiri, saya harap dapat membantu suami saya dari segi perbelanjaan untuk susu. Maklumlah susu kan macam-macam jenama. Harga pun pelbagai. Kalau ibu sendiri dah boleh 'produce' susu sendiri kenapa pula kita nak bagi susu formula yang kita sendiri kena bayar. Kos sara hidup kita semakin lama semakin meningkat. Tengoklah krisis gula yang 'never ending story'. Selesai di sana, di sini pula bermasalah. Belum lagi krisis minyak yang bakal kita hadapi. Kalau harga petrol pula naik, macam mana? Anak makin bertambah. Belanja pun dah tentu bertambah. Untuk saya yang bekerja ni semakin tinggi lah perbelanjaan untuk bayaran pengasuh lagi. Nasib baik my mom law dekat and she's willing to take cara of my kid(s). Harap-harap kesihatan MIL sentiasa dalam keadaan baik dikurniai Allah.


Maybe next article saya akan search kebaikan susu ibu dan bagaimana kita nak full breast feed anak kita bagi ibu yang bekerja, sebabnya artikel tentang breast feed ni banyak, cuma kita ni kurang perihatin..(saya lah tu.. sebelum ini.. :-))

Sunday, May 16, 2010

Facebook - Sila ambil perhatian

PENTING Kepada Semua Pengguna Facebook – OpenGraph
Posted on April 29, 2010 oleh leokid
Awal minggu ini, dalam conference f8 Facebook (Conference antara Facebook dengan para developer application nya) Facebook telah melancarkan perkhidmatan OpenGraph API yang membolehkan data-data anda disalurkan (propagate) kepada pihak ketiga secara terbuka. Awasi data anda. Sila ketatkan “Privacy Setting” anda, dan buang mana-mana data yang tidak perlu dihebahkan dari profile Facebook anda.
(Selingan – Apa itu API? API adalah satu interface/perantaraan yang disediakan oleh Facebook. Perantaraan ini bermaksud “orang tengah” dalam komunikasi. Maksudnya Facebook tidak perlu lagi memproses semua permintaan secara manual, tapi ianya boleh diproses secara automatik melalui API. Maklumat lanjut – http://en.wikipedia.org/wiki/API )
Buktinya, contoh data profile facebook yang disalurkan melalui API tersebut. (Anda boleh klik pada mana-mana gambar di dalam post ini untuk membesarkannya) :

Contoh Penggunaan OpenGraph API. Hatta INBOX anda pun boleh disalurkan!
Usahkan orang lain, saya sendiri dengan mudahnya boleh menggunakan API tersebut untuk mendapatkan data sesiapa sahaja. Maaf, saya enggan mendedahkan API tersebut atau URL yang mengimplemen API tersebut agar tidak disalahgunakan oleh sesiapa. Tapi sesiapa yang ada ilmu IT ini pasti tahu, mudah sahaja nak dapatkan API tersebut.
Menurut facebook, “pihak ketiga” yang dimaksudkan adalah penyedia pengiklanan, website tempatan seperti berita, hiburan tempatan dsb. OpenGraph ini membolehkan penyedia laman-laman berkenaan “tailored their content to meet your requirement”.
Contohnya bila kita masuk laman web CNN, CNN boleh guna API ini untuk tahu kita dari Malaysia (contohnya), lantas meletakkan berita dari Malaysia di muka hadapan lamannya untuk kita.

Atau bila kita masuk laman web music, SonyRecords contohnya, pihak SonyRecords ini boleh menggunakan API tersebut untuk mengetahui siapa artis kegemaran kita, lantas meletakkan album artis-artis berkenaan di muka hadapan lamannya.
Begitu juga dengan website-website lain.

Namun concern yang didapati adalah:
- Ianya terbuka, justeru bukan setakat syarikat pengiklanan/berita/media, tapi turut boleh diakses oleh sesiapa sahaja, termasuk yang berniat jahat. Antaranya termasuklah stalker peribadi, data-miner, penjenayah dsb.
Justeru, usahkan pihak ketiga. Seperti dalam screenshot yang saya berikan di atas, saya sendiri boleh mengakses “activities”, “albums”, “books”, “events” etc etc sesiapa sahaja yang meletakkan secara public.
- Facebook merupakan syarikat swasta peribadi (privately owned), bukannya “publicly owned”. Justeru adalah menjadi concern bahawa para shareholder FB turut menjadi “shareholder” memiliki semua data peribadi penggunanya. Bayangkan, data peribadi anda merupakan “hak milik seseorang”.

Menurut kefahaman saya, hanya data yang kita labelkan sebagai “Everyone” sahaja yang boleh diakses melalui API ini.
Justeru, sila ubah Privacy Setting anda kepada “Friends Only” atau “Friends of Friends Only”.
Juga kepada muslimah, adalah lebih baik anda letak Privacy Setting anda kepada “Customize” dan anda pilih sendiri rakan-rakan anda yang anda benarkan.

Berikut adalah langkah-langkah mengubah Privacy Setting anda:
1. Klik pada “Account” di sebelah kanan atas Facebook anda
2. Klik pada “Privacy Setting”

1. Klik pada "Account" di sebelah kanan atas Facebook anda. 2. Klik pada "Privacy Setting"
3. Anda perlu set pada “Profile Information” dan “Contact Information”.

3. Anda perlu set pada "Profile Information" dan "Contact Information".
4. Set kan maklumat peribadi anda kepada “Only Friends” (atau “Customize”, untuk muslimah contohnya)

4. Set kan maklumat peribadi anda kepada "Only Friends" (atau "Customize", untuk muslimah contohnya)

4. Set kan maklumat peribadi anda kepada "Only Friends" (atau "Customize", untuk muslimah contohnya)

(Setting-setting di atas adalah jika anda “concern” untuk berkongsi dengan orang lain. Jika anda tidak kisah, contohnya anda tidak kisah Tarikh Lahir anda dikongsi dengan orang lain, maka terpulang kepada anda untuk memilih setting mengikut kehendak anda)

Apabila anda meletakkan data anda kepada “Everyone”, maka data anda tersebut boleh di-propagate melalui API ini. Sebagai contoh, kalau anda tengok setting saya di atas, saya letakkan “Posts by me” kepada “Everyone”. Maksudnya semua status update, link, notes yang saya kongsikan di Facebook saya, akan di-propagate melalui API ini. Ini data yang disalurkan melalui API tersebut:

"Status Update" saya yang disalurkan

Anda boleh lihat, bagaimana API ini boleh meng-”katalog”-kan data anda dan memberikannya kepada sesiapa sahaja. Ini baru contoh “status update”, bagaimana kalau anda set “Everyone” untuk semua “Photos” (Gambar) anda, semua interest anda, alamat anda dan sebagainya? Sesiapa pun boleh mendapatkan maklumat ini, menggunakan API ini!
Bagaimana kalau saya download (muat turun) data ini (copy dsb) lalu disimpan dalam harddisk saya? Gambar-gambar anda, contohnya? Maka kalau anda delete balik pun daripada Facebook, saya tetap ada salinan data tersebut dalam harddisk saya! Menggunakan API ini, saya boleh menulis “script” dan set “Religion = Islam”, “Gender = Female”, “Country = Malaysia”, “Age = 20″ untuk menyalin semua gambar Muslimah Malaysia berusia 20 tahun di Facebook secara automatik ke dalam komputer saya! Sila gantikan kata ganti diri “saya” dengan pihak lain seperti – hacker, orang gila seks, penculik, stalker, CIA, dsb. Menakutkan, bukan? Tapi inilah realiti yang mungkin berlaku.

Tapi bagaimana kalau anda set kepada “Friends Only” atau lain2? Contohnya, saya set-kan “Only Friends” pada Photos & Videos. Ini yang saya dapat bila saya cuba access data tersebut:

Data "Photos" yang gagal disalurkan kerana Privacy Setting
Maka saya tidak lagi dapat mengakses data anda!
.
Aplikasi di Facebook.
Jika dilihat pada gambar terakhir di atas, ada ayat “An access token is required to request this resource”. Apa itu access token?

Access token ini diberikan kepada para developer applikasi di Facebook. Kita pun sedia maklum, bila kita nak menggunakan satu applikasi di Facebook, mula-mula semasa nak add applikasi itu anda akan ditanya untuk “Allow”. Apabila anda klik “Allow”, ini bermaksud anda memberikan “Access Token” kepada developer aplikasi tersebut. Maka developer tersebut sudah boleh mengakses data-data anda yang tidak dapat diakses secara biasa tadi!

Contoh aplikasi yang meminta Access Token dari anda.

Bila anda klik "Allow", apa yang anda berikan kepada aplikasi tersebut?
Dalam screenshot ini, anda memberikan akses untuk aplikasi itu menulis dan publish (apa sahaja) di wall anda, DAN NEWSFEED RAKAN ANDA! Ini punca adanya SPAM.
Begitu juga adanya aplikasi yang automatik mengTAG rakan anda, menulis di WALL rakan anda, dan sebagainya. The so-called-virus di Facebook juga berfungsi dengan cara begini!
Oleh sebab itu, saya menggesa anda untuk semak dan teliti dengan setting di “Applications And Websites”. Saya nak jelaskan pun, agak complicated.

Setting "Applications & Websites"

Maklumat Aplikasi

Sila semak setiap pilihan di atas. Setting "Only Friends" adalah disarankan.

Juga, sangat dicadangkan untuk "uncheck" semua pilihan ini, melainkan anda benar-benar tahu apa yang anda lakukan.

Ini adalah satu program khas Facebook untuk berkongsi data anda dengan laman-laman web lain. Pilih "uncheck" di bawah sekiranya anda concern dengan data anda.

Selain itu, awasi juga aplikasi-aplikasi yang anda gunakan di Facebook. Mungkin pada zahirnya ianya aplikasi suka-suka seperti Kuiz, Games dsb, tapi mungkin aplikasi-aplikasi ini ada access kepada data-data anda yang anda tidak sedar telah memberikannya.

Oleh sebab itu, sila delete aplikasi yang anda telah gunakan sebelum ini (yang anda tidak akan menggunakannya lagi). contohnya kuiz, tekateki, uji bahasa anda dan sebagainya.

Juga, jangan sesenang hati memberikan authorization kepada mana-mana aplikasi yang anda tidak kenal/biasa/tahu!

Berikut adalah langkah mengawal aplikasi Facebook anda:
1. Klik pada Account di atas kanan Facebook anda, dan pilih Application Settings

2. Ambil pilihan “Authorized”. Anda juga boleh klik dan semak setting-setting pada pilihan-pilihan lain selepas ini.

3. Ubah setting anda dengan mengklik pada “Edit Settings”, atau klik butang “X” untuk membuang applikasi tersebut.

4. Ulang pada pilihan-pilihan lain seperti “Granted Additional Permission”, “Prototype”, “Allowed to post” dan sebagainya.

Justeru itu, sila jangan pandang remeh pada “Privacy Setting” ini. Jika sebelum ini, orang hanya boleh mengenali diri kita dengan bertanya kepada kita, namun sekarang ini sesiapa pun boleh dapat tahu mengenai diri kita tanpa bertanya kepada kita.

Pun begitu, tak semestinya bila anda meletakkan Privacy Setting, maka anda terjamin 100% terselamat! Ini kerana pihak Facebook mempunyai hak untuk “override” Privacy Setting ini. Justeru itu, tentulah langkah yang paling selamat adalah anda tidak memasukkan langsung butir-butir peribadi anda ke dalamnya.

Kawalan ada di tangan anda! Gagal mengawal, buruk padahnya!

Untuk makluman lanjut, anda boleh baca di (English):
http://mashable.com/2010/04/21/facebook-open-graph/
http://jonathancavell.com/wordpress/social-media/2010/04/the-truly-scary-part-about-facebook-open-graph

KHUSUS UNTUK MUSLIMAH
http://muzir.wordpress.com/2010/04/27/privacy-setting-di-facebook-supaya-muslimah-terjaga-kehormatannya
This Privacy Awareness Campaign is brought to you by Leokid. Please share this information, if it concerns you.

P/S - Saya cuma copy dari leokid web. Sekiranya anda ingin pemahaman yg nlebih jelas (setting bergambar) sila layari www.leokid.wordpress.com.

Kisah Kerajaan Semut (dipetik dari iluvislam.com)


Kisah Kerajaan Semut

www.iluvislam.com Julieza_Hayati

Editor:n13@m


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).

Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!!

Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya.

Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.


Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.


Wallahu'alam..

Tuesday, May 4, 2010

Lelaki DAYUS??

Siapa Lelaki Dayus ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.
Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.
Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?
ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1) Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
17 Julai 2007

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Tuesday, February 2, 2010

PADANG MAHSYAR Manusia gelisah menunggu hisab penentu




Salam.. Bahan ini saya sengaja nak sampaikan sebagai peringatan diambil dari FB rakan saya, Zarina Abdan yang di'post'kan melalui FB Ustaz Zahazan. Semoga bermanfaat buat kita semua.

Dipetik dan disesuaikan dari Majalah Solusi, tulisan al-Ustaz al-Muhaddis al-Syikh Umar M. Nor, imam eksekutif masjid al-Syafaah, Singapura Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semua bagian tubuh manusia akan hancur kecuali satu tulang, iaitu ujung ekornya (ajab al-dzanb). Dari tulang inilah dibangunkan kembali penciptaannya pada hari kiamat.” Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dalam riwayat Abu Ya’la dan Al-Hakim dari Abu Said Al-Khudri, para sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah rupa ujung ekor itu?” Baginda menjawab, “Seperti biji sawi (habbat khardal).” Maknanya tulang itu sangat kecil sehingga hampir tak terlihat oleh mata biasa.Beberapa hadis menjelaskan bahawa proses pengembalian makhluk dimulai dengan hujan yang sangat lebat menyirami bumi selama beberapa hari. Air itu menumbuhkan tulang bakal makhluk yang terpendam di bawah tanah ini tumbuh dan berkembang. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mereka kemudian tumbuh bagaikan sayuran di musim hujan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Apabila hari kebangkitan yang ditentukan telah tiba, Israfil meniup sangkakalanya (sur) yang mengembalikan setiap roh ke jasad. Manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain mulai tersedar dari tidur yang panjang. Mereka berkata, “Duhai celakalah kami. Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?” seperti yang diceritakan dalam surah Yasin: 52.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semua manusia akan dibangkitkan dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian dan belum dikhitankan sebagaimana keadaan mereka ketika pertama kali diciptakan.” Rasulullah lalu membaca: Sebagaimana kami menciptakan (manusia) pertama kali, maka kami akan mengembalikannya. Itu merupakan janji yang akan kami laksanakan.” (Qs Al-Anbiya: 104).


Mahsyar
Tidak lama kemudian, semua makhluk bergerak dalam rombongan besar yang terdiri dari jutaan manusia menuju ke satu arah. “Hati manusia pada waktu itu sangat takut, pandangannya tertunduk.” (Qs Al-Nazi’at: 8-9). Sebahagian mereka berjalan dengan kakinya, sebahagian yang lain merangkak dengan tangannya, bahkan ada juga yang berjalan “dengan wajahnya”. Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Bagaimana seorang kafir berjalan dengan wajahnya?” Baginda menjawab, “Bukankah (Allah) yang membuatnya dapat berjalan dengan kaki, maka Dia juga mampu membuatnya berjalan dengan wajah?” Hadis riwayat Muslim.Mereka kemudian berkumpul di Mahsyar; sebuah padang luas yang tanahnya putih bak pasir di pinggir pantai, datar tanpa bukit dan lubang. Tak ada bangunan ataupun bendera yang menunjukkan pemilikan. Al-Ghazali berkata, “Janganlah engkau mengira bahawa tanah itu seperti tanah di dunia ini. Tidak ada kesamaan antara keduanya melainkan namanya sahaja.”Ibn Mas’ud berkata, “Tanah pada hari itu semuanya (dipenuhi) api, dan syurga di seberangnya telah terlihat bersama para bidadari dan cawan-cawan minumannya.” Diriwayatkan oleh Imam Waki’ dalam kitab “Al-Zuhd”.


Keringat
Bayangkan jutaan manusia sejak zaman Nabi Adam hingga generasi terakhir berkumpul dan bersesak-sesakan. Di bawah sinar matahari yang sangat panas, tanah yang membara, ditambah lagi suasana hati yang dipenuhi ketakutan, pada saat itu tubuh manusia basah dengan keringat. Dalam hadis Muslim dari Al-Miqdad bin Al-Aswad, Nabi s.a.w. bersabda, “Pada hari kiamat matahari didekatkan kepada manusia sejarak satu mil. Maka semua manusia tenggelam di dalam keringatnya sesuai dengan amal perbuatannya (di dunia). Sebahagian mereka tenggelam hingga ke mata kaki, sebahagian yang lain hingga ke pinggangnya dan sebahagian yang lain hingga ke mulutnya.”Imam Ibn Abi Jamrah dalam Syarh Sahih Al-Bukhari berkata, “Manusia yang paling terseksa dengan keringatnya ini adalah orang-orang kafir, kemudian (Muslim) pelaku dosa-dosa besar, dan seterusnya.” Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihyak Ulumiddin , “Ketahuilah setiap titis keringat yang tidak pernah dikeluarkan dalam bekerja di jalan Allah, dalam haji, jihad, puasa, tahajud, membantu Muslim atau beramar makruf nahi munkar, maka keringat itu akan dikeluarkan oleh rasa malu dan takut pada hari kiamat nanti.”


Balasan Amal sebelum Hisab
Singkat kata, setiap orang pada hari kebangkitan ini merasa sangat terseksa jauh sebelum mereka dihisab. Setiap orang merasakan sangat haus, lapar, penat, takut, sedih, bimbang stres dan berbagai kesusahan zahir dan batin serta lain-lain yang belum dapat kita bayangkan pada saat ini. Mereka terus dalam keadaan itu bertahun-tahun lamanya hingga Allah berkenan memulakan proses hisab dan penghitungan amal. Al-Ghazali berkata, “Fikirkanlah suasana panjang dan beratnya penungguan hari itu agar dengan itu terasa ringan bagimu dalam bersabar meninggalkan maksiat sepanjang hidupmu yang singkat ini.”Pada hari itu, sekecil apa pun amal kebaikan yang pernah dilakukan seseorang di dunia sangat berharga untuk melepaskan sebahagian dari seksaan yang dideritanya ini. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesusahan, maka Allah akan melepaskan darinya satu daripada kesusahan yang terdapat pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah).Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang menginginkan agar Allah menyelamatkannya daripada kesusahan (yang dialami) pada hari Kiamat, maka bantulah orang yang dalam kesusahan, atau kurangilah kesusahannya.” (Riwayat Muslim).Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Seseorang akan berteduh di bawah naungan sedekahnya hingga waktu pengadilan (hisab) tiba.” Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di “Musnad”-nya.Al-Hafiz Ibn Abi Al-Dunya meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud, “Semua manusia dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, sangat lapar, sangat haus dan sangat penat. Barang siapa yang pernah memberikan pakaian kerana Allah, maka Allah akan memberinya pakaian. Barang siapa yang pernah memberi makan kerana Allah, maka Allah akan memberinya makanan. Barang siapa yang pernah memberi minum kerana Allah, maka Allah akan memberinya minuman. Dan barang siapa yang pernah memaafkan karena Allah, maka Allah akan memaafkannya.”Ulama tabiin kenamaan di kota Mekah, Sufyan bin ‘Uyainah, berkata, “Tidak ada nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya melebihi kebesaran kalimat tauhid: La ilaha illallah. Sebab kalimat ini di akhirat ibarat air sejuk di dunia.” Diceritakan oleh Imam Al-Hafiz Jamaluddin Al-Mizzi dalam Tahdzib Al-Kamal fi Asma Al-Rijal.


Di bawah Naungan Allah
Sementara itu, apabila kebanyakan manusia dalam kesusahan, terdapat orang-orang tertentu yang seolah-olah tidak mengalami sebarang seksaan apa pun. Mereka adalah orang-orang yang di dunia telah mengalami kesusahan sekejap demi menjaga agama dan prinsipnya, ketika kebanyakan manusia pada saat itu menikmati keseronokan hawa nafsunya. Rasulullah s.a.w. bercerita tentang mereka, “Tujuh golongan yang berada di bawah naungan Allah ketika tidak ada naungan selain naungan-Nya; pemimpin yang adil, pemuda yang tubuhnya sentiasa menyembah Allah, seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid jika ia keluar hingga kembali semula, dua orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka berjumpa dan berpisah kerana-Nya, seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sendirian hingga meneteskan air mata, seorang laki-laki yang dirayu oleh wanita cantik dan terhormat namun menolaknya dengan berkata: aku takut kepada Allah, dan seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya.”
Hadis sahih yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim ini mengandungi keutamaan luar biasa untuk orang-orang yang memiliki salah satu, apalagi lebih, dari tujuh sifat ini. Iaitu adil, menjaga kebersihan diri sejak muda, sangat mencintai masjid, cinta kerana Allah, mengingat Allah dalam keadaan sendirian, menjaga diri daripada zina, dan bersedekah tanpa mengharap sembarang pujian ataupun balasan. Imam ahli hadis terbesar di Andalusia Al-Hafiz Ibn Abdil Bar dalam dua kitabnya Al-Tamhid dan Al-Istizkar mentakwil kalimat “naungan Allah” yang disebutkan dalam hadis ini dengan “rahmat Allah.” Sebab mustahil Allah s.w.t. memiliki bayangan hingga manusia dapat berteduh di bawahnya. Ahli hadis yang dikenal dengan gelaran Hafiz Al-Maghrib ini selanjutnya berkata, “Barang siapa yang berada di bawah naungan Allah, maka ia selamat dari kengerian hari kebangkitan dan segala sesuatu yang tengah menimpa manusia lain pada saat itu seperti rasa khuatir, stres dan (seksaan) keringat.”
Wasilah: Syafaat Terbesar
Setelah sekian lama berdiri di padang Mahsyar yang penuh derita itu, semua manusia sudah tidak mampu lagi menunggu. Mereka segera mendatangi nabi-nabi kekasih Allah agar mereka diperkenankan permintaan bagi Allah memulai hisab. Namun semua nabi-nabi, mulai dari Nabi Adam hingga Nabi Isa as, tidak ada yang berani mengabulkan permintaan itu. Mereka semua terlalu sibuk memikirkan kesalahan yang pernah mereka lakukan sehingga malu untuk meminta kepada Allah pada hari yang sangat menakutkan itu. Para nabi dan rasul kemudian mengarahkan semua manusia supaya menemui kekasih Allah, pemilik wasilah dan syafaat terbesar, Baginda Muhammad s.a.w. Semua manusia kemudian melaksanakan anjuran tersebut. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Baginda segera berjalan ke arah Arasy lalu bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan puja-pujian yang belum pernah beliau ucapkan sebelumnya. Allah s.w.t. lalu berfirman, “Wahai Muhammad, angkat kepalamu. Mintalah, Aku akan mengabulkan.” Rasulullah s.a.w. segera meminta untuk dimulai hisab. Allah segera menurunkan perintahnya kepada semua malaikat, maka hisab yang sangat menentukan itu segera dimulakan.