Wednesday, July 7, 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis…

Berdasarkan emel yang saya terima dari seorang sahabat.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itudan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia". Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepadaanaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.

Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namunsekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang palingbertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu". Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalahperempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yanghampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yangberteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknyayang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memeliharakamu! ALLAHUAKBAR!

Monday, July 5, 2010

BERSIHkan dulu KANGKUNG tuu...


Assalamualaikum.. Saya memang gemar makan sayur, terutama sekali sayur berdaun hijau. Kalau pergi pasar malam, mesti beli yong tau fu (hubby pun suka). Salah satunya pasti kami akan masukkan kangkung. Tapi bila baca entry kak Norzailina dalam blog beliau, saya rasa... dah tak sampai hati nak makan kangkung, sama ada di masak, dicelur atau dikukus terutamanya dikedai-kedai. Tak yakin sungguh rasanya hati ini. Tambahan pula, bila memikirkan si kecil yang berada dalam kandungan ini. Jadi, bila difikirkan semula, Islam telah mengajar kita supaya menjaga kebersihan dan menjadikan kebersihan itu adalah sebahagian dari IMAN kita. Betapa murninya agama Islam itu kerana menjaga umatnya agar tidak mudarat apatah lagi melalui pemakanan. Jangan kita terlalu seronok dengan makanan yang pelabagai dijuadahkan untuk kita sehingga kita terlupa akan kebersihan makanan itu. Maka di sinilah kita perlu menekankan konsep halalan toyyiban..


Saya nak share entry kak Norzailina (mungkin ada yang tak terbaca) mengapa kita perlu berhati-hati dengan sayur ini, iaitu KANGKUNG.




Pada satu hari seorang anak kecil yang menderita sakit perut telah dibawa ke hospital. Dia mengalami cirit birit selama dua hari. Pelbagai ubat sakit perut sudah diberikan tetapi masih tidak sembuh.Doktor bertanya, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Ibubapa anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya cirit birit, dia tak mahu makan, hanya minum susu, tetapi akan muntah semula.Kata ibubapa anak itu, sebelum sakit perut, anak mereka makan kangkung. Doktor segera melakukan x-ray, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor tidak mampu membuat keputusan tentang jenis rawatan yang diperlukan kerana terlalu banyak lintah.Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Ia tidak akan mati walau dimasak selama mana pun, apa lagi untuk masakan kangkung yang cepat dan mudah. Lintah hanya akan mati jika dibakar.Di dalam usus anak tadi, hanya dalam 1 hingga 2 hari lintah itu berkembang biak dengan cepatnya kerana menghisap darah. Jadi, jika hendak memasak kangkung, pastikan batangnya dibelah dua dan dibersihkan betul-betul.

Foto ~ seedsforsale.com
Posted by zai at 4:37 PM