Friday, February 21, 2014

Suplemen saya Vitamin C

Anda pernah makan Vitamin C sebagai suplemen harian anda? Saya percaya ramai yang memang pernah makan vitamin C ini dan mungkin ada yang mengambilnya setiap hari untuk pelbagai tujuan. Bagaimana? Anda pernah makan buah oren? kiwi? betik? delima? anggur? dan jeruk???? ha.. mesti pernah kan.. tapi adakah anda mengambilnya setiap hari? Mungkin tidak kan...

Sebenarnya, setiap hidangan buah yang kita ambil membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Dan ianya hampir dapat memenuhi keperluan badan kita yang memang memerlukan sokongan dari vitamin ini.. Buah-buahan yang diambil akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Dengan itu, buah yang belum ranum lagi hanya mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. malah kandungannya juga akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan termusnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Keadaan saya disini (Mukah, Sarawak) yang penawaran buah-buahan yang pelbagai agak terhad ditambah dengan  harga yang agak mahal, menjadikan alternatif yang saya ada adalah dengan mengamalkan pemakanan dengan Shaklee. Kandungan yang ada dalam Vitamin C Shaklee meyakinkan saya bahawa saya boleh mendapat keperluan vitamin C yang cukup. Ditambah pula dengan bahan-bahan yang digunakan untuk penghasilan Vitamin C ni adalah terdiri dari bahan-bahan yang semulajadi dan diperakui status kehalalannya..

Apa yang anda dapat apabila mengamalkan pengambilan vitamin C ini...

* Sangat penting kepada tubuh badan untuk pembentukan kolagen,
* Meningkatkan sistem kekebalan tubuh,
* Serta membantu penyerapan zat besi.
* Membantu memerangi kanser

* Mengekalkan kolesterol yang sihat
* Mencantikkan kulit..

Alhamdulillah.. dengan mengamalkan pengambilan Chewable Vitamin C Shaklee ini telah membantu untuk kesihatan yang baik. Yang  penting.. kita amalkan dan MULAKAN dari SEKARANG!! jangan tunggu lagi.. Kita hargailah kesihatan yang Allah bagi ni dengan sebaik-baiknya.. jangan kedekut hari ini untuk membeli suplemen yang badan kita perlukan.

Dapatkan segera khasiat produk Shaklee dari saya dengan tawaran yang menarik..

*Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, mendiagnos menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi saya HARI INI!!




Tuesday, February 11, 2014

Vitamin untuk kesihatan

Bismillah..

Assalmualaikum..

Saya nak tanya, berapa ramai antara anda yang mengambil suplemen a.k.a vitamin sebagai pemakanan tambahan harian? Saya merupakan antara orang yang tidak pernah mengamalkan suplemen sehinggalah satu hari saya mendengar slot Prof Dr Muhaya di IKIM (setiap Rabu jam 10 pg) yang bercakap tentang kepentingan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian kita. Cuma sejak berada di Sarawak ni saya dah jarang sangat dapat mendengar program itu kerana frekuensi IKIM tiada disini. Nak dengar hanya melalui internet.

Prof Dr Muhaya ada menyebut tentang pengambilan vitamin atau multivitamin yang kita makan dan diberikan kepada suami dan anak-anak setiap hari atau pagi. apa yang saya dapat simpulkan, apabila seorang Dr pakar menyebut tentang perlu dan pentingnya pengambilan multivitamin seolah-olah membuka mata saya bahawa suplemen perlu diambil jika nak badan sihat. Bila badan kita sihat, nak beribadah pada Allah jadi seronok, kehidupan berkeluarga lebih membahagiakan. kenapa? sebab kita rasa badan kita sihat... Vitamin yang kita ambil dapat diserap oleh badan kita dan seterusnya dapat membantu badan kita jadi lebih kuat dan segar.

KEPENTINGAN VITAMIN
Apa itu vitamin? Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan kita melakukan aktiviti seharian. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan. bukankah itu perkara yang kita sangat tidak mahu apatah lagi jika anda mempunyai anak-anak kecil dan memerlukan perhatian yang tinggi dari anda..

Mari kita kenali jenis-jenis vitamin...

VITAMIN A
Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Pengambilan vitamin A bertujuan untuk membantu tumbesaran, kesihatan gigi dan memelihara penglihatan. Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.

VITAMIN B
Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niasin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12 (Kobalamin). Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan. Ini kerana ia amat diperlukan bagi menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan sistem saraf. Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin termasuk gandum.

VITAMIN C
Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. Di samping itu, vitamin C turut meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepat proses penyembuhan luka. Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.

VITAMIN D
Diperlukan bagi merangsang tumbesaran tulang dan gigi yang sihat. Pengambilan vitamin D juga dapat mencegah otot menjadi lemah. Antara makanan yang mengandungi vitamin D boleh didapati daripada hasil tenusu, telur, hati dan minyak ikan. Ia juga amat istimewa kerana terbentuk daripada tindak balas cahaya matahari pada kulit.
 
VITAMIN E
Memperbaiki peredaran darah dan tisu di samping mencegah dan menggalakkan kulit serta rambut yang sihat. Zat ini juga dipercayai dapat mencegah kanser dan penyakit katarak. Vitamin E mudah didapati dalam kekacang, ubi kentang, gandum dan rumpai laut.

VITAMIN K
Amat bermanfaat kepada penghidap osteoporosis. Ini kerana ia dapat membaiki pertumbuhan tulang selain membantu pembekuan darah. Vitamin K juga berupaya meningkatkan daya tahan jangkitan kepada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Khasiat vitamin K boleh diperoleh daripada bijirin, sayuran seperti asparagus dan kubis bunga serta hati.

PENGAMBILAN SHAKLEE
Saya rasa semakin sihat. Itu yang saya rasakan sejak mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee. Untuk permulaan, bukan banyak pun saya ambil. Saya memang konsisten dengan Vitamin C dan B Complex. hasilnya.. alhamdulillah.. kita perlu berusaha berikan yang terbaik untuk diri kita..

Ingat!! Jangan tunggu sakit baru nak cari ubat. pencegahan perlu dimulai dari awal..

Jom Dapatkan Produk Shaklee..

Hubungi saya Sapiah Ishak di talian 012 598 6369. Boleh SMS, Whatsapp, We Chat. Atau nak PM saya di  www.facebook.com/pearlfiemamahealth

P/S : Kali ni takde gambo...

H

Wednesday, February 5, 2014

Nak tambah susu ibu....

Bismillah.. Assalamualaikum...

Semalam masa sembang-sembang ngan kawan, ada sorang ibu muda ni cakap pada saya yang susunya dah semakin merudum... sob sob.. sedangkan dia rajin jugak mengepam. Bila ambil baby dia yang baru 5 bulan terus je dia susukan. Cuma katanya nak rasa breast penuh ngan susu and kadang bila letdown reflex berlaku pad bra pun tak boleh nak cover.. namun.. semua itu dah jadi kenangan.. katanya...





Saya pun rasa simpati sebabnya anak yang first dia cerita tak dapat nak fully breastfeed because of lack of knowledge. Jadi dia kalau boleh nak breastfeed anak yang ini lebih lama kalau dapat sampai 2 tahun dan tak nak campur susu formula. Ya.. saya faham perasaan dia. Rasa bersalah pada anak pertama sehinggakan kalau boleh kita nak tebus dengan hadirnya anak kedua. Saya dah pernah merasa semua tu.. Jadi apa yang saya buat?

Saya google apakah petua-petua yang boleh tingkatkan susu saya. Bersenam, keep pumping dan kosongkan breast sekerap mungkin, direct feeding bila bersama si kecil dan saya ambil suplemen. Saya mencuba pil ASI. Tapi kesannya hanya seketika. Mungkin tak sesuai dengan saya. Saya pun kerap mengalami sembelit. Tapi tak semua orang mengalami perkara yang sama ye. Saya minum air halba, Rebus dan minum airnya . Memang best sebab breast rasa penuh and anak saya nampaknya kenyang. Tapi lama lah 'bergayut'nya... cuma satu je masalahnya, BADAN BERBAU!. Kena komplen je ngan Incik Boss. Rupanya memang halba buat badan kita mudah berpeluh dan bau ala-ala mamak gitu.. (Incik Boss yang kata). 

Jadi saya pun bertekad nak try Shaklee. Banyak benor orang cerita bestnya amik suplemen ni. Saya cuba yang trial pack (Ni semua apa yang saya cerita pada ibu muda tadi la..). Lepas 3 hari.. macam biasa je. Pam dapat 4 oz. Anak bergayut agak lama. Tapi dah beli punya pasal dan konon untuk kesihatan sekali saya tetap teruskan. Masuk hari ke 5.. wow! jadi 8oz sekali pamm... Yey!!! Anak saya pun bergayut kejap je.. (tak sempat nak buat-buat tido..) oh ya! Set trial yang saya amik tu hanya VitaLea, Alfalfa & B Complex. Bila dah nak abis saya tambah pula ESP (Energizing Soy Protein). Alhamdulillah.. saya dapat susukan anak saya tanpa bantuan susu formula selama 1 thn ++...




Dan bila saya ceritakn ini pada ibu tadi dia pun nak try apa yang saya buat. So.. apa lagi bershaklee lah dia.. nanti saya nak follow up perkembangan dia lepas ambil suplemen tu...

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *

Berminat dengan produk atau menjadi pengedar?
Hubungi...

Sapiah Ishak (SID1068184)
Call/Whatsapp/SMS/We Chat : 012 598 6369
LIKE FB pearlfiemamahealth

Tuesday, February 4, 2014

Biasanya Laa Tahzan....

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah..

Saya memang selalu suka menyepikan diri.. Ya.. memang bila perasaan malas 'bertenet' ni melanda saya, nak buka email pun tak kuaso den do.. Kadang-kadang encik boss tegur jugak bila dia tengok macam rilekkk je tak buat apa-apa. Internet tak guna, whatsapp pun kadang-kadang beratus-ratus tak baca. Haduiii... apesal la jadik macam ni..



Saya letih dengan kehidupan baru di bumi Sarawak ini. Saya mengeluh bila bagun lebih awal dari biasa. Saya mengeluh bila perlu itu ini di awal pagi.. Tapi perlukan saya bersikap begitu?? Kawan-kawan pernah pernah mengeluh macam saya tadi?

tapi kena ingat.. mengeluh tu tak baik tau... Mengeluh seolah-olah kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada. tak bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Sedangkan di zaman canggih pada hari ini kebanyakan perkara yang kita keluh kesahkan itu boleh diatasi dengan cara yang lebih baik..





Saya nak kongsikan satu motivasi ringkas dari Ustaz Muhammad Amin dari laman web beliau..

Motivasi Iman 5 - Jangan mengeluh

Apabila kita kehilangan sesuatu, sesungguhnya masih banyak lagi yang ada pada kita. Jika kita sedihkan sesuatu, masih banyak lagi perkara yang boleh kita gembirakan. Jika kita dihimpit sesuatu, masih banyak lagi ruang yang boleh kita gunakan. Cuma apabila kita menumpukan kepada kekurangan, kita akan nampak kekurangan itu besar.

Jika kita melihat jerawat pada muka kita, dan kita merasakan bahawa jerawat itu menyebabkan muka kita hodoh, nanti kita tidak akan melihat anggota wajah yang lai,n seolah-olah muka kita adalah jerawat. Kita lupa kita ada mata, kita ada hidung, kita ada telinga, rambut dan lain-lain.

Jika kita dihimpit hutang, dan merasakan hutang itu penghujung hidup kita, maka kita tidak akan dikurniakan jalan untuk keluar dari hutang itu kerana kita menumpukan semata-mata pada masalah dan tidak berfikir untuk mencari jalan keluar. Oleh yang demikian jangan bazirkan masa untuk berfikir yang telah lalu, bersangka yang baik dan cari jalan yang baik dan kita akan mendapat jalan keluar.

Dari Abu Hurairah dari Rasullulalah S.A.W bahawa Allah Azza Wa Jalla telah berfirman, aku berserta sangkaan hambaku denganku, jika dia bersangka baik maka dia mendapatnya, jika dia bersangka buruk maka dia akan mendapatnya...


by Ustaz Amin (www.ustazamin.com)


Laa tahla.. Jangan mengeluh.. Bila kita rasa teruk dan nak melepaskan apa yang kita rasa, cepat-cepat katakan Laa Tahla.. kalau bersedih, Laa Tahzan kan.. jadi apa salahnya bila kita rasa 'down' hari tu dengan perkara-perkara yang kita tak terjangka, ungkapkan Laa tahla.. Dan berzikirlah pada Allah... Hati yang mengingati Allah akan menjadi lebih tenang..

Wa ilal liqa..

Saya bukan Ustazah..

Saya Shaklee Independent Distributor (SID1068184)

Berminat nak dapatkan produk Shaklee??

Hubungi saya di 012-5986369 atau LIKE di facebook PearlfieMamaHealth