Tuesday, February 4, 2014

Biasanya Laa Tahzan....

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah..

Saya memang selalu suka menyepikan diri.. Ya.. memang bila perasaan malas 'bertenet' ni melanda saya, nak buka email pun tak kuaso den do.. Kadang-kadang encik boss tegur jugak bila dia tengok macam rilekkk je tak buat apa-apa. Internet tak guna, whatsapp pun kadang-kadang beratus-ratus tak baca. Haduiii... apesal la jadik macam ni..



Saya letih dengan kehidupan baru di bumi Sarawak ini. Saya mengeluh bila bagun lebih awal dari biasa. Saya mengeluh bila perlu itu ini di awal pagi.. Tapi perlukan saya bersikap begitu?? Kawan-kawan pernah pernah mengeluh macam saya tadi?

tapi kena ingat.. mengeluh tu tak baik tau... Mengeluh seolah-olah kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada. tak bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Sedangkan di zaman canggih pada hari ini kebanyakan perkara yang kita keluh kesahkan itu boleh diatasi dengan cara yang lebih baik..





Saya nak kongsikan satu motivasi ringkas dari Ustaz Muhammad Amin dari laman web beliau..

Motivasi Iman 5 - Jangan mengeluh

Apabila kita kehilangan sesuatu, sesungguhnya masih banyak lagi yang ada pada kita. Jika kita sedihkan sesuatu, masih banyak lagi perkara yang boleh kita gembirakan. Jika kita dihimpit sesuatu, masih banyak lagi ruang yang boleh kita gunakan. Cuma apabila kita menumpukan kepada kekurangan, kita akan nampak kekurangan itu besar.

Jika kita melihat jerawat pada muka kita, dan kita merasakan bahawa jerawat itu menyebabkan muka kita hodoh, nanti kita tidak akan melihat anggota wajah yang lai,n seolah-olah muka kita adalah jerawat. Kita lupa kita ada mata, kita ada hidung, kita ada telinga, rambut dan lain-lain.

Jika kita dihimpit hutang, dan merasakan hutang itu penghujung hidup kita, maka kita tidak akan dikurniakan jalan untuk keluar dari hutang itu kerana kita menumpukan semata-mata pada masalah dan tidak berfikir untuk mencari jalan keluar. Oleh yang demikian jangan bazirkan masa untuk berfikir yang telah lalu, bersangka yang baik dan cari jalan yang baik dan kita akan mendapat jalan keluar.

Dari Abu Hurairah dari Rasullulalah S.A.W bahawa Allah Azza Wa Jalla telah berfirman, aku berserta sangkaan hambaku denganku, jika dia bersangka baik maka dia mendapatnya, jika dia bersangka buruk maka dia akan mendapatnya...


by Ustaz Amin (www.ustazamin.com)


Laa tahla.. Jangan mengeluh.. Bila kita rasa teruk dan nak melepaskan apa yang kita rasa, cepat-cepat katakan Laa Tahla.. kalau bersedih, Laa Tahzan kan.. jadi apa salahnya bila kita rasa 'down' hari tu dengan perkara-perkara yang kita tak terjangka, ungkapkan Laa tahla.. Dan berzikirlah pada Allah... Hati yang mengingati Allah akan menjadi lebih tenang..

Wa ilal liqa..

Saya bukan Ustazah..

Saya Shaklee Independent Distributor (SID1068184)

Berminat nak dapatkan produk Shaklee??

Hubungi saya di 012-5986369 atau LIKE di facebook PearlfieMamaHealth

No comments:

Post a Comment