Assalamualaikum..
Eh... bersiaran lagi??? Rajin le pullokk... Ada masa no problem.. Boleh saja nak update. Tapi kalau penyakit yang satu tu datang (..M..) usahkan seminggu sekali, sebulan sekali pun belum tentu lagi...
Ha.. apa ke halnye yang rajin sesangat nak update hari ni yea.. ok.. sebab saya nak mengeksyen dengan menunjukkan resepi saya yang first time nak diupdatekan dalam n3 kali ni.. Just for sharing dengan sesapa yang nak cuba.. kalau yang pakar tu nak try boleh, nak ngomen pun boleh.. tak de masalah.. saya bukannya masterchef pun.. sekadar boleh masak & kena dengan tekak sang suami & anak2 tersayang pun jadilah.. Untuk makan malam saya masakkan untuk anak2 sup ayam berperisa.. ha.. tu saja letak dot dot dot.. sebab hangpa tambahlah kat hujung tu nak perisa apa. Okeh tak payah nak membebel panjang lebor, jom tengok resepi...
Sup Ayam Berperisa
Sumber : Sendiri
6 ketul ayam (kalau nak lebih tak de masalah.. Saya buat 2 ketul je sebab 2 org je yg makan..)
1/2 btg kulit kayu manis *
2 biji buah pelaga*
2 tangkai bunga cengkih*
1 1/2 bunga lawang*
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih (ditumbuk. Kisar pun boleh..)
3 ulas bawang merah (dikisar. Juga dikisar pun boleh)
1 biji tomato dipotong berbaji
5 biji cili api
1/2 biji lobak merah dipotong dadu besar
1 biji kentang dipotong kecil
1 sb rempah sup
1 liter air
Sehiris limau nipis
Daun sup & bawang goreng untuk hiasan
Caranya:
1. Panaskan minyak (sikit aje) dan tumiskan bahan2 bertanda * dan masukkan bahan tumbuk. Kacau sebentar, agak dah naik bau, masukkan halia dan rempah sup. Kacau sebentar dan masukkan ayam.
2. Masukkan air, kentang dan lobak merah. Biarkan sehingga kentang & lobak empuk.
3. Bila dah agak empuk, masukkan cili api, perasakan dengan garam & tomato. Biarkan didih dan perahkan limau.
4. Bila dah siap hiaskan dengan daun sup & bawang goreng.... Makan panas2... mmmmm... yummy kak long kata...
Sama-sama mencari manfaat untuk meneruskan kehidupan. Disebalik menerima sahaja, lebih baik juga banyak memberi. Sekurangnya ia menjadi saham pahala di akhirat nanti.
Friday, November 18, 2011
Thursday, November 17, 2011
Friday blues... 18/11/11
Assalamualaikum..
mungkin ada yang hairan.. Friday blues..?? bukan ke biasanya Monday blues??? Hehe... dilema ni bukannya khusus untuk hari-hari tertentu saja tapi bila-bila masa saja dia boleh muncul.
Minggu ni minggu pertama pelajar poli exam. Paper saya adalah pada hari pertama lagi (isnin). Kene tanda untuk 3 kelas (100 orang). Satu kelas dah siap. Adalagi 2. Hari ni saya berazam nak siapkan kesemuanya. Dengan bantuan hp N8 aku dengar radio.. rasa boring, saya dengar koleksi lagu nasyid yang ada dalam tu.. (ehsan dari adik bongsu..) lagi rancak lagu lagi rancak saya menanda..
Sampailah pada satu lagu dari kumpulan Far East.. Tajuknya, Azimat Ibunda.. saya rasa sebak dan sedih teringat sangat pada mak dan abah yang ada di kampung.. walaupun minggu lepas baru je balik kampung sebab sepupu nikah, malam tadi baru je call cakap ngan mak dan abah, tapi kerinduan dan rasa sayang tu tak dapat nak ditahan lagi.. saya rasa terpukau dengan kata-kata dalam lirik tu. Membuatkan saya menilai semula jasa-jasa dan pengorbanan yang mak dan abah dah buat pada saya.
Check balik apa yang saya dah bagi. Apa antara kebaikan yang saya dah buat pada mak abah saya? Saya rasa saya tak ada senarai tu.. Saya bukanlah anak yang baik.. Kadang-kadang saya terfikir, adakah saya pernah berkata-kata kasar dengan mak secara tak sengaja?? Ada tak berkasar dengan abah?? Ada..... Ya Allah... berdosanya hambamu kepada anugerahMu yang maha hebat... Rasa macam nak terbang atau guna pintu suka hati doraemon tu nak balik terus muncul depan mak abah, nak peluk dan cium.. nak mintak ampun, nak cakap betapa along sayang dan rindukan mak abah... (saat saya menaip ni, jemari saya seolah-olah menggigil tak tahu perasaan saya yang mana satu lebih menebal..)
Saya terfikir.. berapa kali sepanjang saya hidup saya ada jaga mak atau abah saya bila mereka tak sihat? Berapa kali pula saya tak sihat, mak dan abahlah yang jafa.. Jangan dikira ketika kecik.. Dah besar ni pun, terutamanya masa saya lahirkan anak sulung dan kedua.. mak dan abah lah yang jaga saya. ya Allah.. tak tercerita rasanya dengan apa yang telah mereka beri berbanding dengan apa yang saya beri..
Allah... Kau kurniakanlah kebaikan buat ibu bapaku di dunia ini.. Kau berikanlah kesejahteraan, kedamaian, kesihatan yang sempurna, kerahamatanMu kepada kedua ibu bapa ku dan mertua ku.. Sesungguhnya Engkau saja yang berkuasa memberi dan membalas atas segala kebaikan dan pengorbanan yang telah berikan kami, anak-anaknya... Amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)