Assalamualaikum..
mungkin ada yang hairan.. Friday blues..?? bukan ke biasanya Monday blues??? Hehe... dilema ni bukannya khusus untuk hari-hari tertentu saja tapi bila-bila masa saja dia boleh muncul.
Minggu ni minggu pertama pelajar poli exam. Paper saya adalah pada hari pertama lagi (isnin). Kene tanda untuk 3 kelas (100 orang). Satu kelas dah siap. Adalagi 2. Hari ni saya berazam nak siapkan kesemuanya. Dengan bantuan hp N8 aku dengar radio.. rasa boring, saya dengar koleksi lagu nasyid yang ada dalam tu.. (ehsan dari adik bongsu..) lagi rancak lagu lagi rancak saya menanda..
Sampailah pada satu lagu dari kumpulan Far East.. Tajuknya, Azimat Ibunda.. saya rasa sebak dan sedih teringat sangat pada mak dan abah yang ada di kampung.. walaupun minggu lepas baru je balik kampung sebab sepupu nikah, malam tadi baru je call cakap ngan mak dan abah, tapi kerinduan dan rasa sayang tu tak dapat nak ditahan lagi.. saya rasa terpukau dengan kata-kata dalam lirik tu. Membuatkan saya menilai semula jasa-jasa dan pengorbanan yang mak dan abah dah buat pada saya.
Check balik apa yang saya dah bagi. Apa antara kebaikan yang saya dah buat pada mak abah saya? Saya rasa saya tak ada senarai tu.. Saya bukanlah anak yang baik.. Kadang-kadang saya terfikir, adakah saya pernah berkata-kata kasar dengan mak secara tak sengaja?? Ada tak berkasar dengan abah?? Ada..... Ya Allah... berdosanya hambamu kepada anugerahMu yang maha hebat... Rasa macam nak terbang atau guna pintu suka hati doraemon tu nak balik terus muncul depan mak abah, nak peluk dan cium.. nak mintak ampun, nak cakap betapa along sayang dan rindukan mak abah... (saat saya menaip ni, jemari saya seolah-olah menggigil tak tahu perasaan saya yang mana satu lebih menebal..)
Saya terfikir.. berapa kali sepanjang saya hidup saya ada jaga mak atau abah saya bila mereka tak sihat? Berapa kali pula saya tak sihat, mak dan abahlah yang jafa.. Jangan dikira ketika kecik.. Dah besar ni pun, terutamanya masa saya lahirkan anak sulung dan kedua.. mak dan abah lah yang jaga saya. ya Allah.. tak tercerita rasanya dengan apa yang telah mereka beri berbanding dengan apa yang saya beri..
Allah... Kau kurniakanlah kebaikan buat ibu bapaku di dunia ini.. Kau berikanlah kesejahteraan, kedamaian, kesihatan yang sempurna, kerahamatanMu kepada kedua ibu bapa ku dan mertua ku.. Sesungguhnya Engkau saja yang berkuasa memberi dan membalas atas segala kebaikan dan pengorbanan yang telah berikan kami, anak-anaknya... Amin...
No comments:
Post a Comment